Berita Harian

Tropicana sasar bina lebih banyak rumah mampu milik

Usaha bantu kerajaan penuhi keperluan rakyat miliki kediaman di kawasan strategik

- Oleh Shahrizan Salian shahrizan_salian@bh.com.my

Tropicana Corporatio­n Bhd (Tropicana) bercadang memperuntu­kkan antara 20 hingga 30 peratus daripada keseluruha­n simpanan tanahnya yang berkeluasa­n kirakira 526 hektar bagi membangunk­an rumah mampu milik.

Jumlah simpanan tanah itu membabitka­n nilai pembanguna­n kasar (GDV) belum dibangunka­n kirakira RM50 bilion.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulanny­a, Datuk Yau Kok Seng, berkata inisiatif berkenaan dilaksanak­an selaras dengan usaha membantu kerajaan dalam meningkatk­an bekalan rumah mampu milik serta pemilikan rumah di negara ini.

“Bagi mencapai matlamat sama, kami turut menyasar membina antara 15,000 hingga 20,000 unit rumah mampu milik berkualiti di kawasan strategik menjelang tempoh lima hingga tujuh tahun akan datang.

Lancar 2 projek terbaru

“Perancanga­n pembinaan unit berkenaan dijangka membabitka­n nilai GDV kirakira RM6 bilion,” katanya pada sidang media selepas pelancaran Tropicana Corporatio­n Homes di Petaling Jaya, semalam.

Pada majlis yang sama, Tropicana turut mengumumka­n pelancaran dua projek terbaharun­ya, Tropicana Aman dan Tropicana Heights yang membabitka­n GDV berjumlah RM1.7 bilion.

Dua projek berkenaan merangkumi pembinaan 4,025 unit mampu milik dan akan dilancarka­n September ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, Tropicana Urban Homes dilancarka­n sebagai satu daripada inisiatif syarikat untuk memenuhi keperluan pasaran rumah mampu milik berkonsep moden di negara ini.

“Tropicana Urban Homes juga menandakan pencapaian baru bagi kumpulan untuk mewujudkan aliran pendapatan baharu kerana ia membolehka­n kami mengembang­kan kepakaran menerusi perkhidmat­an pengurusan hartanah, pusat perkhidmat­an sehenti serta pengubahsu­aian dan perkhidmat­an bersesuaia­n.

“Secara dasarnya, menerusi inisiatif ini pemilik rumah akan memperoleh lebih banyak nilai tambah sama seperti pembelian unit segmen mewah,” katanya.

Beliau berkata, Tropicana Urban Homes juga usaha bagi membantu rakyat di Malaysia terutama Generasi Y dan pembeli rumah pertama mendapatka­n kediaman pada harga mampu milik tetapi berkonsepk­an mewah.

“Kami berusaha menyediaka­n keperluan itu dengan membina rumah terbabit di lokasi strategik serta mempunyai kemudahan diperlukan tanpa berkomprom­i terhadap kualiti binaan,” katanya.

Inisiatif berkenaan dilaksanak­an selaras dengan usaha membantu kerajaan dalam meningkatk­an bekalan rumah mampu milik serta pemilikan rumah di negara ini” Yau Kok Seng, Ketua Pegawai Eksekutif Tropicana Corporatio­n Bhd

 ??  ?? Kok Seng (tiga dari kiri) bersama Pengarah Urusan Kumpulan Tropicana, Daniel Teh Chee Huat (dua dari kiri); Pengarah Eksekutif Tropicana, Dillon Tan Yong Chin (empat dari kiri); Pengarah Eksekutif Tropicana, Dion Tan Yong Chien (dua dari kanan) dan...
Kok Seng (tiga dari kiri) bersama Pengarah Urusan Kumpulan Tropicana, Daniel Teh Chee Huat (dua dari kiri); Pengarah Eksekutif Tropicana, Dillon Tan Yong Chin (empat dari kiri); Pengarah Eksekutif Tropicana, Dion Tan Yong Chien (dua dari kanan) dan...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia