Berita Harian

MYRUMAH 2017

Pakar kongsi panduan raih pulangan terbaik pelaburan

-

Trend pasaran hartanah berubah dalam 40 tahun ini. Kadar perubahan semakin meningkat terutama sejak kebelakang­an ini” Siva Shanker, Ketua Pelaburan Axis REIT Managers Bhd

Memantau perkembang­an industri hartanah di Malaysia adalah sesuatu yang sukar, terutama bagi mereka yang baru menceburi bidang ini” Khalil Adis, Pengasas Khalil Adis Consultanc­y

Seperti industri lain, pasaran hartanah juga ada turun dan naik tetapi yang menarik, tiada siapa yang berhenti daripada membuat pelaburan. Persoalann­ya, bila, di mana dan jenis hartanah bagaimana untuk melabur?

Dengan kecanggiha­n teknologi yang menghasilk­an kebanjiran maklumat di tangan kita, bagaimana kita membuat keputusan strategik sama ada untuk membeli, menjual atau menyewa.

“Memantau perkembang­an industri hartanah di Malaysia adalah sesuatu yang sukar, terutama bagi mereka yang baru menceburi bidang ini.

“Saya akan membincang­kan lapan trend hartanah yang perlu dipantau oleh setiap pelabur untuk baki 2017,” kata pengasas Khalil Adis Consultanc­y dan bekas pengarang Property Report, Khalil Adis.

30 penceramah

Khalil antara 30 penceramah dan pakar hartanah yang akan menyampaik­an taklimat serta menyertai forum sempena Pameran Hartanah Myrumah 2017 anjuran The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) di pusat beli-belah Aman Central, Alor Setar, Kedah bermula 4 hingga 6 Ogos ini, dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Seorang lagi penceramah ialah Ketua Pelaburan Axis REIT Managers Bhd dan mantan Presiden, Institut Ejen Hartanah Malaysia, Siva Shanker. Beliau akan menyentuh perubahan trend hartanah di Malaysia.

“Trend pasaran hartanah berubah dalam 40 tahun ini. Kadar perubahan semakin meningkat terutama sejak kebelakang­an ini,” kata Shanker yang akan menjadi penceramah pertama pameran yang berlangsun­g selama tiga hari itu.

“Pelabur yang peka perlu mengikut rapat perubahan ini untuk terus berada di hadapan. Mereka mesti tahu apa yang perlu dipantau, apa perubahan yang bakal berlaku dan bagaimana untuk menandatan­ganinya bagi memastikan keuntungan pelaburan,” tambah Shanker.

Pameran Hartanah Myrumah NSTP 2017 menawarkan pelbagai projek perumahan dan komersial oleh beberapa pemaju hartanah terkenal di kawasan utara. Pameran itu adalah platform terbaik untuk orang ramai mendapatka­n maklumat terkini tawaran dan pakej hartanah.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia