Berita Harian

Debaran Ratu Jazz

Sheila Majid buat persiapan rapi hiburkan peminat dalam persembaha­n istimewa di Stadium Negara

- Oleh Farihad Shalla Mahmud

Tfarihad@bh.com.my

eruja dan berdebar. Begitulah dapat digambarka­n perasaan penyanyi terkenal, Datuk Sheila Majid sekarang.

Mana tidaknya, tinggal kira-kira seminggu lagi untuk Sheila beraksi di Stadium Negara bagi menjayakan konsert berskala mega, Sheila Majid: The Concert Kuala Lumpur 2017 pada 5 Ogos depan.

Semakin menghampir­i tarikh itu, Sheila giat berlatih demi memastikan konsert anjuran IME Malaysia dan More Entertainm­ent dengan disokong Magada Entertainm­ent, lancar. Paling penting, konsert itu dapat memuaskan hati peminat setia penyanyi yang mendapat jolokan Ratu Jazz itu.

Berkongsi persiapan konsert, Sheila mengundang media ke Studio Baby Boss di Petaling

Jaya, Isnin lalu, untuk melihat bagaimana sesi latihan bersama pemuzik di bawah pimpinan pengarah muzik, Mac Chew dan Jenny Chin dikendalik­an.

Walaupun sekadar latihan, namun aura konsert bagaikan sudah terasa apabila masingmasi­ng menunjukka­n komitmen tinggi dan bersungguh-sungguh.

Saling memahami

Keserasian antara Sheila dengan pengarah muzik juga jelas kelihatan kerana hubungan persahabat­an yang terjalin sejak lebih tiga dekad lalu. Ini membuatkan mereka saling memahami cita rasa masing-masing.

“Saya sangat teruja dan seronok kerana dapat bekerjasam­a dengan tiga pengarah muzik untuk konsert ini iaitu Mac Chew, Jenny dan suami saya, Acis. Merekalah yang melatari persembaha­n saya sejak 32 tahun lalu.

“Mungkin ramai yang tidak tahu, Jenny adalah orang pertama yang menjadi pengarah muzik saya sebelum kehadiran Mac dan Acis.

“Apabila kita bekerja dengan kumpulan yang kita sendiri sudah serasi, semua kerja dapat dilakukan dengan mudah. Ini kerana masing-masing sudah faham apa yang perlu dilakukan dalam persembaha­n mereka,” katanya kepada

B*POP. Buat skrip sendiri

Tampil ringkas mengenakan kemeja-t rona putih dan seluar hitam ketat pada petang itu, ibu kepada empat orang cahaya mata ini turut melahirkan rasa syukur kerana persiapan konsert lancar.

“Alhamdulil­lah, semua persiapan lancar seperti yang dirancang. Kami ada banyak masa untuk berlatih. Tiada ‘huru-hara’ berbanding konsert saya tahun lalu di Singapura.

“Ketika itu, saya tak sihat, demam dan batuk teruk sehingga latihan terpaksa dijalankan secara rakaman. Saya banyak mendengar rakaman yang dibuat pemuzik.

“Kali ini, semuanya berjalan mengikut jadual asal. Pakaian untuk konsert sedang dibuat, latihan seperti biasa dan saya juga lebih tenang.

“Insya-allah, minggu depan latihan secara keseluruha­n akan dijalankan. Saya harap semoga semuanya lancar,” ujar wanita berusia 52 tahun ini.

Mengenali Sheila, dia adalah penyanyi yang gemar berceloteh. Jika bersembang dengannya, memang sukar untuk berhenti. Ada saja cerita menarik yang ingin dikongsika­n.

Justeru apabila Sheila memberitah­u setiap kali membuat persembaha­n, dia tampil dengan skrip sebagai panduan, perkara itu sangat mengejutka­n.

“Setiap kali membuat persembaha­n dalam sebarang acara, saya akan tulis skrip sebagai panduan. Sebagai penyanyi kita kena tahu kenapa kita berada di majlis itu, siapa tetamu kita dan apakah acara itu?

“Ini semua penting supaya kita tak hilang punca apabila berada di atas pentas dan semua mata memerhati ke arah kita.

“Semua skrip itu saya tulis sendiri. Saya takkan benarkan orang lain menulis untuk saya kerana ia tidak datang dari hati saya sendiri. Persiapan memang penting kerana kita tidak mahu disebabkan kesilapan kecil, persembaha­n kita menjadi kucar-kacir,” tegas Sheila.

 ?? [ FOTO: AZIAH AZMEE/BH ] ??
[ FOTO: AZIAH AZMEE/BH ]
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia