Berita Harian

Jual bakat, bukan rupa

Idris Khan, Raysha Rizrose dan Azrel belajar dari bawah

- Fatin Farhana Ariffin

Slot Akasia TV3 yang menyajikan drama rantaian terbaik dan popular, diakui medium terbaik bagi pelakon baharu menempa nama.

Segmen waktu perdana itu mampu memberi tuah kepada bakat muda menyerlah andai terpilih membintang­i drama yang disajikan dalam slot berkenaan. Apatah lagi, jika watak dipegang adalah teraju utama, pasti nama pelakon menjadi sebutan dan viral dalam kalangan netizen.

Tidak hairanlah, ramai artis muda yang berjinakji­nak dalam dunia seni, mengimpika­n berlakon dalam drama yang disiarkan slot sebagai usaha memperkena­lkan diri kepada peminat.

Tak kejar glamor

Perkara itu diakui tiga tunjang utama drama slot Akasia terbaharu, Pinggan Tak Retak, Nasi Tak

Dingin iaitu Azrel Ismail, Raysha Rizrose dan Idris Khan. Namun, dalam keterujaan mencipta nama, Azrel, Raysha dan Idris meletakkan bakat dan keupayaan melebihi segala-galanya, bukan sekadar paras rupa.

Menyelami isi hati mereka, Azrel, Raysha dan Idris mahu membuktika­n kemampuan mereka dalam menjiwai watak ditawarkan. Apa yang lebih penting, bagi mereka, keputusan terjun dalam dunia seni bukanlah didorong rasa ingin glamor atau popular semata-mata. Mereka ditemui

ketika menjalani penggambar­an drama

yang diadaptasi daripada novel. Drama arahan Nizam Zakaria di Shah Alam, baru-baru ini. Drama terbabit mula disiarkan sejak 10 Julai lalu. lebar. Khabarnya, sejak disiarkan pada 10 Julai lalu, drama

menjadi trending hampir saban hari.

“Biarpun baru disiarkan, drama ini sudah mula diperkatak­an. Saya tidak menolak kemungkina­n drama ini mampu melonjakka­n nama pelakon apatah lagi dengan waktu siaran yang sesuai dan jalan cerita menarik,” katanya yang giat menjalani penggambar­an drama terbabit sehingga 10 Ogos depan.

Belum mahu kahwin

Beralih kepada sisi peribadi, Azrel menafikan khabar angin kononnya bakal mendirikan rumah tangga, tahun ini.

“Sekarang sudah Julai, kalau saya mahu berkahwin, pasti persiapan sedang dijalankan. Secara jujurnya, saya tidak merancang berkahwin tahun ini.

“Khabar yang disebarkan itu palsu... Saya pun tiada masa hendak menguruska­n hal kahwin.

“Namun, jika jodoh tiba, tak mustahil saya akan berkahwin tahun depan.

Itu pun kalau datang jodoh, kalau tiada, saya tunggu lagi.

“Ini memang kedengaran klise, tapi itulah jawapan sebenarnya,” katanya.

Bercerita mengenai status terkini kes tuntutan saman RM1.5 juta oleh syarikat produksi, JNI Creative Sdn Bhd yang mendakwa dirinya dan Risteena Munim melanggar kontrak penggambar­an drama

Pergi Mana, Azrel berkata:

“Buat masa ini, saya dan Risteena tidak mendapat sebarang perkembang­an.

 ??  ?? Akasia, Akasia Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin. B*POP
Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin Yes Sir Nak
Akasia, Akasia Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin. B*POP Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin Yes Sir Nak

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia