Berita Harian

Momen indah tiga jejaka

Aidit Noh, Redza Rosli dan Ben Ali peroleh pengalaman tak ternilai di Kota Suci Makkah, Madinah

-

batu syurga, Hajarul Aswad.

“Saya teruja dan tidak mampu menggambar­kannya dengan kata-kata. Tetapi peritnya apabila dua kali saya kena ‘hempuk’ dengan Pak Arab yang lebih besar daripada saya.

“Alhamdulil­lah, Allah bagi saya peluang,” katanya yang sudah memiliki rangkaian perniagaan produk penjagaan kulit sendiri.

Penuntut tahun akhir jurusan Kejurutera­an Pesawat, Universiti Kuala Lumpur (UNIKL) - Malaysian Institute of Aviation Technology (MIAT) itu memberitah­u, sepanjang berada di Tanah Suci, dia belajar menjadi insan lebih tenang apabila berdepan dengan jutaan jemaah yang pelbagai kerenah.

“Saya tenang saja... Bagi saya, Allah mahu menduga. Kita kena ingat, apa saja perbuatan dibayar tunai, jadi kawal emosi dan amarah paling utama,” katanya.

Pengalaman naik bas awam

Aidit yang mula melonjak populariti menerusi drama bersiri, yang disiarkan TV3 berkata, beribadat sambil melunaskan penggambar­an tidak mengganggu tumpuan. Apabila masuk waktu, semua pelakon dan kru akan fokus kepada ibadat.

“Apa yang lebih mudah, penggambar­an banyak dilakukan sekitar masjid, jadi apabila masuk waktu, terus saja mengambil saf untuk bersolat.

“Ada kala selepas waktu Isyak, saya akan terus beriktikaf di masjid sehingga subuh. Apa yang menghairan­kan, saya tiada rasa mengantuk dan hati saya hanya mahu ke masjid saja,” katanya.

Aidit berkata, jika mengikut jadual, dia tidak sempat ke Madinah kerana perlu pulang awal ke Malaysia. Bagaimanap­un, ajakan rakan artis, bekas peserta Pencetus Ummah (PU) Riz menziarah Makam Rasulullah dan sekitar Masjid Nabawi, tidak mampu ditolak.

“Apabila tidak terbabit dengan penggambar­an, saya dan PU Riz fikir inilah masa yang sesuai ke Madinah. Saya dan PU Riz bertolak pagi ke Madinah dengan menaiki teksi. Kami tiba pada waktu Asar.

“Niat utama saya mahu menjejak kaki ke taman syurga, Raudhah dan ziarah Makam Rasullulah. Kami sempat juga pusing kota Madinah, sebelum pulang ke Makkah.

“Kami menaiki bas awam bersama jemaah Pakistan dan Bangladesh. Pengalaman­nya cukup menarik kerana bas itu seperti bas kampung dengan tempat duduk rosak.

“Dengar orang batukbatuk jangan ceritalah, sudahnya saya pula demam teruk sampai tidak boleh bangun,” katanya.

Tambah Aidit, dia terbabit dengan episod berjudul Ibu drama dan telefilem

“Babak sukar dan berdebar-debar mahu melakukann­ya pastinya adegan menangis. Saya memang tidak pandai menangis. Saya terima tawaran berlakon drama ini pun sebab mahu menguji kemampuan saya.

“Alhamdulil­lah, dengan suasana di Makkah saya mampu menitiskan air mata,” katanya.

Aidit berkata, penonton harus menonton drama

ini kerana cerita yang dikupas memberi pengajaran atas apa yang pernah kita lakukan.

“Saya selalu dengar orang cakap apa yang pernah dilakukan adalah refleksi kelakuan yang akan ditunjuk di Makkah. Jadi, tontonlah drama ini, tepuk dada tanya hati dan iman.

“Masihkah kita berada atas landasan atau sebaliknya.

Jika terkeluar, bertaubatl­ah.

ini adalah teladan yang terbaik,” katanya kini sibuk dengan

 ??  ?? Sweetie Nanie Kisah Dari Mekah Pintu No 9. Kisah Dari Mekah Drama Kisah Dari Mekah
Sweetie Nanie Kisah Dari Mekah Pintu No 9. Kisah Dari Mekah Drama Kisah Dari Mekah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia