Berita Harian

Konti cara Shahrol

Pelawak manfaat pengalaman kendali segmen pagi di Suria FM

- Oleh Hidayah Mohammad

Bhid_mohd@bh.com.my

iarpun celoteh mereka beralih dari pentas ke corong radio, pasangan pelawak, Shahrol dan Ajak, tidak pernah berniat mahu bersaing, jauh sekali ‘mencuri’ peminat kumpulan Shiro.

Perkara itu diakui Shahrol atau nama sebenarnya, Shahrol Azizie Azmi, 33, ketika ditemui B*POP. Menurutnya, kemunculan­nya dalam segmen pagi di Suria FM bukanlah atas niat bersaing dengan Ajak yang mengendali­kan segmen Gengpagi Hot di Hot FM.

Sebaliknya, Shahrol menganggap semua itu aturan rezeki.

Anak seni yang lahir melalui program realiti, Raja Lawak ini memberitah­u, dia tidak berkecil hati jika ada peminat Shiro terpaksa memilih antara Ajak atau dirinya, apabila masing-masing bertugas di radio berbeza.

Jenaka sarat mesej

Mengakui faktor persaingan dan strategi antara dua stesen radio terbabit sukar dielak, Shahrol berkata, dia perlu mencari pendekatan lain bagi menarik perhatian pendengar baharu

“Ada orang yang suka mendengar lawak jenaka dengan gelak tawa yang bingit. Namun, untuk segmen Suria Pagi, saya ubah sedikit cara penyampaia­n.

“Saya tetap berlawak tetapi jenaka saya perlu sarat dengan mesej positif dan maklumat untuk pendengar.

“Walaupun kemunculan kami tampak seperti saingan sengit, namun kumpulan Shiro masih lagi wujud dan kami tetap bersama.

“Kemunculan secara berasingan tidak menghalang kami untuk terus bekerjasam­a dalam projek televisyen (TV) andai ada tawaran,” katanya kepada B*POP.

Shahrol berkata, stesen pertama yang memperkena­lkannya ke dunia radio adalah ketika bersama

Ajak menggantik­an Johan, Hanif dan Ray untuk segmen Johara Pagi di Era FM, selama seminggu.

Shahrol kemudian mengendali­kan segmen hujung minggu, Sinar Sabtuday di Sinar FM bersama Jihan Muse sebelum ditawarkan menggantik­an Adi Fashla dan Zaid untuk segmen Sate.

Tidak ralat melepaskan Sate yang dikendalik­annya selama dua tahun, Shahrol berkata, kekangan masa untuk menerima tawaran berlakon dan program TV menyebabka­n dia terpaksa menolak meneruskan kontrak dengan radio.

“Ketika bertugas pada sebelah petang, saya banyak ditawarkan untuk berlakon drama dan telefilem. Bagaimanap­un saya terpaksa berputih mata apabila syarikat produksi tidak dapat meneruskan tawaran itu kerana saya perlu masuk bertugas di konti pada jam 4 petang.

“Penggambar­an biasanya mengambil masa lama kadang kala sehari suntuk hingga lewat malam.

Jadi, saya mengambil keputusan untuk berehat sekejap. Alhamdulil­lah, rezeki saya kembali tersusun cantik apabila saya ditawar beraksi di pentas Maharaja Lawak Mega.

Mudah bangun awal

“Sebaik habis program itu, saya ditawarkan ke Suria FM mengendali­kan segmen Suria Pagi ini,” katanya.

Memilih Suria FM, Shahrol tidak keseoranga­n. Sebaliknya, dia yang menggantik­an tempat penyampai radio senior, Halim

Othman, tampil bersama Zulin

Aziz dan Fizi Ali selama empat jam, seawal jam 6 pagi.

Biarpun ada yang masih dibuai mimpi pada waktu itu,

Shahrol tidak perlu berperang dengan matanya untuk bangkit awal.

“Saya mudah bangun pagi. Saya pernah bertugas di Jabatan Imigresen dan sudah biasa bangun pagi.

“Bayangkan, dulu saya menetap di Kluang, Johor, tetapi bekerja di

Batu Pahat. Perjalanan ke tempat kerja mengambil masa sejam. Setiap hari saya bangun jam 5 pagi. Memang jauh, tetapi tiada masalah bagi saya.

“Setakat bertugas di tempat baru, saya tidak mengalami masalah, malah sampai lebih awal daripada Zulin dan Fizi,” katanya.

Bersikap profesiona­l

Shahrol mengakui, pada awalnya timbul rasa bimbang andai dia tidak boleh mencipta keserasian bersama mereka. Namun, pengalaman mengendali­kan rancangan

bersama Alif

Satar mengajarny­a untuk terus bersikap profesiona­l.

“Apa yang saya pelajari, kita tidak boleh menilai seseorang itu dari sudut penampilan mereka semata-mata. Untuk dapatkan keserasian, kita kena ada cara sendiri.

“Saya pula perlu banyak berbual dan tengok karakter mereka. Tahu apa yang mereka suka dan tidak suka, selain melihat latar belakang keluarga mereka.

“Dari situ mungkin kita dapat belajar sudut peribadi pasangan kita. Apabila sudah tahu, saya rasa lebih mudah untuk bekerjasam­a. Contohnya, ada orang suka cakap lepas, tetapi dia tidak simpan dalam hati. Namun, ada juga yang diam tetapi dalam hati penuh rasa,” katanya.

 ??  ?? Bersama rakan konti, Fizi dan Zulin. Kebaboom Meletop Foto Rohanis Shukri
Bersama rakan konti, Fizi dan Zulin. Kebaboom Meletop Foto Rohanis Shukri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia