Berita Harian

Makan kena beringat

-

AAssalamua­laikum... pa khabar pembaca ruangan Liza hari ini? Meriah Liza dengar cerita daripada kawan-kawan yang berkunjung ke rumah terbuka kenalan mereka. Kalau boleh ketika berkunjung ke rumah terbuka bukanlah sekadar makan saja. Berkunjung dengan niat untuk bermaaf-maafan serta mengeratka­n silaturahi­m sesama kita.

Liza juga menerima banyak jemputan rumah terbuka. Namun, memandangk­an jadual kerja yang sangat padat serta banyak majlis nikah dan bertunang ahli keluarga serta teman rapat, maka Liza tidak dapat hadir. Liza ingin mengucapka­n terima kasih kepada yang menjemput dan maafkan Liza kerana tak dapat datang.

Syawal kini berlalu meninggalk­an kita. Nafsu makan yang dikawal selama 30 hari kita berpuasa bagaikan tidak dapat dibendung secara tibatiba. Bayangkan setiap rumah terbuka menghidang­kan pelbagai hidangan yang enak ditambah pula makanan disajikan adalah juadah kegemaran kita.

Selepas tamat ‘menjelajah’ ke rumah terbuka sepanjang Syawal ini, pasti ada yang mula risau dengan berat badan yang naik secara mendadak. Jadi Liza nak berkongsi dengan anda antara tip yang mungkin dapat membantu untuk menurunkan berat badan. Ini bukan saja untuk tampil cantik, tetapi untuk kesihatan.

Suka Liza mengingatk­an pentingnya untuk banyakkan minum air putih, sekurangku­rangnya lapan gelas sehari. Kita perlu minum air secukupnya bagi mengelak daripada berlakunya dehidrasi. Bagi Liza pula, ke mana saja pergi, pasti akan membawa botol air bersama.

Kedua, Liza sangat suka proses ini iaitu detoks. Siapa yang belum ganti puasa tu bolehlah ganti secepatnya ya. Puasa sunat setiap minggu juga bagus untuk anda yang ingin melakukan detoks.

Ini kerana ia boleh membuang toksin dalam badan dan pada masa yang sama, sangat bagus untuk kesihatan, selain boleh mengurangk­an berat badan.

Makan guna pinggan kecil

Tip yang ketiga, sekiranya anda sedang berdiet tapi masih juga ingin memenuhi undangan rumah terbuka sahabat anda, anda boleh memilih untuk makan di dalam pinggan kecil saja. Habis saja apa yang dalam pinggan, jangan menambah pulak ya!

Tip yang terakhir, kena berazam dan tekad untuk mendisipli­nkan diri anda sepanjang tempoh masa diet. Jangan cepat sangat ‘gugur imannya’. Tambahan pula melihat makanan kegemaran terhidang di depan mata.

Pada kesempatan ini, Liza ingin ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada pengunjung AEON Bukit Raja, Klang yang memeriahka­n acara ‘Kool Kan

Ada’ bersama dengan penyampai Kool FM, Ahad lalu. Perasaan yang tak dapat diungkapka­n apabila melihat wajah kegembiraa­n mereka. Ada antara mereka yang menang barangan dapur, kasut, pakaian dan banyak lagi. Mereka kelihatan terpinga-pinga seolah-olah tidak percaya dapat ‘durian runtuh’ pada hari itu.

Pada anda yang mungkin ada sesuatu yang dihajatkan atau impikan, tetapi tidak tahu bagaimana cara untuk mendapatka­n, tunggu apa lagi. Hantarkan penyertaan anda ke laman web kami www. koolfm.com.my. Kongsikan secara kreatif apa saja hajat dan impian anda. Mungkin kecil pada sesetengah orang, tapi besar maknanya pada anda sendiri, izinkan Kool FM membantu ringankan beban anda.

Sehingga ke hari ini, ada pendengar yang memenangi air purifier untuk ibu yang menghidap penyakit asma; menghadiah­kan basikal untuk anak-anak yang selama ini hanya meminjam basikal jiran untuk bermain; gigi palsu untuk ibu; tiket ETS untuk enam sekeluarga ke Arau, Perlis bagi menghadiri kenduri kahwin anak guru; televisyen (TV) dan banyak lagi. Tahniah kepada semua pemenang.

Andy Hakim kendali Mega Hindi

Kami tidak akan berhenti di situ saja. Minggu ini, untuk anda yang berada di Melaka, pastikan dengar perkembang­an terkini di instagram @koolfmmy serta di Facebook Kool FM.

Selain itu dengarkan ‘Mega Hindi Kool FM’ antara program hujung minggu terbaharu yang pastinya dinantikan bersama Andy Hakim dari jam 10 malam hingga 12 tengah malam setiap hari Sabtu. Liza dan Muaz masih lagi temankan anda untuk Superkool 80 90 jam 9 pagi pada hari Sabtu dan ulangannya Ahad jam 5 petang. Tetamu istimewa kami minggu ini dikenali sebagai ‘Ratu Dangdut Malaysia’ iaitu Mas Idayu.

Terima kasih kepada anda yang menyokong Kool FM sehingga kini, jumpa lagi di ruangan yang sama pada minggu yang akan datang.

Kool FM, Temanmu Muzikmu.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia