Berita Harian

Harapmasya­rakat buka mata, sudi bantu

-

pelakon dan penyanyi, Bunga mengaku teringin membawa perubahan kepada masyarakat termasuk membantu anak gelandanga­n.

Bunga menyaranka­n, menerusi filem SKUT, masyarakat dengan bantuan kerajaan sama-sama membuka mata dan menyelesai­kan masalah anak-anak terbiar yang semakin berleluasa. Jika dibiarkan, pasti lebih ramai anak gelandanga­n dikesan dan mereka sukar dibantu.

“Saya yakin filem ini mampu membuka lembaran baharu dan perubahan dalam keadaan sosial di seluruh dunia. Ini adalah wake up call. Saya juga berharap kerajaan juga akan tersentuh dengan jalan cerita ini dan mencari sesuatu untuk mengatasi masalah yang diketengah­kan.

“Jangan pandang anak gelandanga­n sebelah mata dan jangan nilai mereka jika mereka nakal atau malas. Sebaliknya, kita sama-sama cuba sediakan aktiviti atau kegiatan positif untuk mereka. Jika tidak ke sekolah, mungkin mereka boleh menimba ilmu dengan cara yang lain.

“Ini seharusnya digerakkan dari pihak atasan. Cuma masyarakat saja kerap menghulurk­an duit kononnya mahu membantu, tetapi tidak dapat menolong dengan cara yang betul,” katanya.

Konsert solo berjaya

Mengenai karier muzik, Bunga yang bernaung di bawah syarikat Suria Record (SRC), melancarka­n album baharunya, dua minggu berjudul It‘s Me BCL.

Selain itu, pelaburan mencecah RM2.5 juta untuk menganjurk­an konsert solo di Jakarta, Mac lalu membawa kejayaan besar dengan keuntungan berlipat kali ganda.

Menolak tanggapan ramai penganjur konsert di Indonesia mengalami kerugian, Bunga sebagai penerbit konsert, berjaya membuktika­n dia dan Ashraf mampu mencapai sasaran sekalipun kali pertama menganjurk­an konsert.

Atas kejayaan itu, Bunga merancang membawa konsertnya ke Malaysia.

“Saya dan Asyraf membuat semua persiapan dari awal hingga akhir. Ini termasuk mencari penaja, menentukan konsep konsert, menjual tiket, menguruska­n promosi selain tugas belakang tabir.

“Saya sanggup mengeluark­an belanja lebih dengan menggunaka­n perkhidmat­an pengarah muzik dari Amerika Syarikat (AS) agar berpuas hati,” katanya.

 ?? [FOTO: ADIBAH NOR/BH] ??
[FOTO: ADIBAH NOR/BH]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia