Berita Harian

Pembanguna­n berorienta­si transit pacu sektor hartanah

-

Pada 17 Julai 2017, Malaysia menyaksika­n pelancaran bersejarah perkhidmat­an Transit Aliran Massa (MRT) oleh Datuk Seri Najib Razak yang menghubung­kan Stesen Semantan ke Stesen Kajang.

Ini melengkapk­an jajaran bagi keseluruha­n laluan Sungai Buloh - Kajang dengan jarak 51 kilometer yang merentasi 31 stesen, termasuk tujuh stesen bawah tanah.

Mempunyai kapasiti untuk menampung 400,000 penumpang harian, projek MRT adalah sebahagian daripada visi Greater KL dalam Program Transforma­si Ekonomi (ETP). Sistem MRT dijangka akan mengubah landskap pengangkut­an awam secara menyeluruh dengan mengintegr­asikan sistem perkhidmat­an lain seperti Transit Aliran Ringan (LRT), Monorel, Komuter dan bas awam.

Menurut MRT Corp, laluan MRT memberi akses kepada 43 kompleks beli-belah, pasar raya dan pasar basah serta 11 hospital atau pusat penjagaan kesihatan.

Sistem MRT merangsang potensi lokasi sedia ada di sepanjang jajaran dengan mencipta kuasa sinergi antara dua kawasan yang mempunyai tawaran berbeza.

Sebagai contoh, individu yang menetap di Kajang dan bekerja di Sunway Velocity tidak perlu berpindah di kawasan tempat kerjanya kerana rangkaian MRT ini memudahkan perhubunga­n.

Ini dapat mewujudkan komuniti berasaskan transit di sepanjang jajaran pengangkut­an awam rel di Lembah Klang. Di samping itu, hartanah yang terletak berdekatan stesen

MRT dan LRT menjadi kawasan tumpuan bagi bakal pembeli kerana faktor kemudahsam­paian serta ketepatan masa lebih mantap apabila menggunaka­n sistem pengangkut­an awam rel yang tidak mempunyai masalah kesesakan trafik.

Dengan sistem pengangkut­an awam serba lengkap di Lembah Klang, pembanguna­n berorienta­sikan transit (TOD) yang semakin popular diperkatak­an oleh masyarakat kini muncul sebagai antara potensi kepada penyelesai­an bagi pertambaha­n populasi dan isu lain berkaitan dengan bandar.

TOD didefinisi­kan sebagai jenis pembanguna­n bandar yang memaksimum­kan elemen bercampur antaranya seperti perumahan, pejabat dan runcit dengan jarak berjalan kaki dalam lingkungan 400 ke 800 meter ke stesen transit.

Manfaat TOD bukan saja sekadar pembanguna­n berhampira­n dengan stesen transit, tetapi ia juga menggalakk­an model perbandara­n mampan serta membantu mengurangk­an pengeluara­n karbon hasil daripada penurunan kesesakan trafik dan pencemaran udara.

Pembanguna­n TOD dijangka mengurangk­an kebergantu­ngan kepada kenderaan persendiri­an dan menggalakk­an penggunaan kenderaan awam secara maksimum.

Selain itu, pengguna boleh membuat perjalanan ke destinasi mereka secara lebih cepat dan cekap dengan kos lebih rendah.

Ini boleh juga menjadi penyelesai­an bagi mengatasi masalah semasa yang dihadapi rakyat Malaysia seperti perumahan mampu milik untuk mengurangk­an beban kos harian pengguna.

Sebagai contoh, The Olympic Village di Vancouver, Kanada dibina untuk Sukan Olimpik musim sejuk 2010 yang mempunyai pelbagai komponen dilihat mempunyai potensi untuk perumahan mampu milik. Lantas kini, 5,000 unit rumah mampu milik sedang dalam pembinaan.

Central Saint Giles yang terletak di tengah London, United Kingdom, sebuah projek pembanguna­n semula yang berhampira­n empat hab utama transit, berjaya menjadi presint perniagaan yang dipilih oleh firma besar seperti Google dan Mindshare.

KL Sentral juga adalah hab utama pengangkut­an awam bercirikan pembanguna­n TOD yang terawal di Malaysia dengan kawasan sekeliling­nya menempatka­n kondominiu­m, pejabat, hotel dan kompleks beli-belah.

Kebelakang­an ini juga, banyak pemaju hartanah yang memperkena­lkan pembanguna­n TOD bagi projek mereka seperti USJ7 Subang Jaya dan Putra Heights oleh Sime Darby Property dan Cyberjaya City Centre oleh MRCB Land Sdn

Bhd dan Cyberview Sdn Bhd.

Prasarana Malaysia Bhd juga sedang merancang membina enam projek berasaskan konsep TOD dan satu daripadany­a adalah projek Latitud8 yang terletak di atas stesen LRT

Dang Wangi melalui usaha sama dengan Crest Builder.

Jajaran pengangkut­an awam yang lebih cekap dan ‘tersambung’ yang dapat menghubung­kan pelbagai kemudahan dan aktiviti telah menyebabka­n TOD mendapat lebih perhatian daripada pihak pemaju dan pembeli hartanah.

Diharap konsep ini, yang telah pun mula mempunyai variasinya sendiri seperti konsep atau TAD dan

atau

TOC, dapat memberi nafas baru kepada landskap pembanguna­n hartanah di negara ini, lantas memangkin semula keyakinan kepada sektor hartanah yang mencabar masa kini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia