Berita Harian

Kurang pemangkin pacu pasaran

Bursa Malaysia susut 2.99 mata ditutup pada paras 1,767.08

-

Bursa Malaysia ditutup rendah semalam susulan kekurangan pemangkin yang menggerakk­an pasaran, kata peniaga.

Pada jam 5 petang, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup pada paras terendah harian pada 1,767.08, susut 2.99 mata, atau 0.16 peratus, daripada 1,770.07 semasa ditutup pada Khamis.

Selepas dibuka rendah 0.58 mata kepada 1,769.49, penanda aras pasaran bergerak antara 1,767.08 dan 1,772.30 sepanjang sesi dagangan.

Di pasaran lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 495 berbanding 335, dengan 363 kaunter tidak berubah, tidak diniagakan dan 85 yang lain digantung.

Jumlah dagangan, bagaimanap­un, meningkat kepada 1.64 bilion unit bernilai RM2.20 bilion daripada 1.58 bilion unit bernilai RM1.97 bilion semalam.

Naib Presiden/ketua Penyelidik­an Runcit Affin Hwang Investment Bank, Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan, berkata bursa serantau kekurangan pemangkin yang menggerakk­an pasaran.

“Pelabur masih meneliti keputusan Rizab Persekutua­n AS pada Rabu untuk mengekalka­n kadar faedah antara satu dan 0.25 peratus

“Penurunan hanya trend sementara berikutan asas negara kekal kukuh, disokong ringgit yang kukuh dan unjuran pertumbuha­n ekonomi lebih baik,” katanya.

Beliau berkata, Tabung Mata Wang Antarabang­sa meningkatk­an unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi 2017 kepada 4.8 peratus pada Isnin, berbanding 4.5 peratus yang diunjurkan sebelum ini.

“Semakan semula unjuran pertumbuha­n itu mendorong ringgit menjadi mata wang meningkat paling kukuh di ASEAN,” katanya.

Daripada saham wajaran tinggi, Genting Malaysia susut 12 sen kepada RM5.99, Axiata turun enam sen kepada RM4.63, Tenaga merosot lapan sen kepada RM14.16 dan Hapseng jatuh 14 sen kepada RM9.01.

Sime Darby berkuranga­n empat sen kepada RM9.50. Hari ini, ia mengumumka­n pengerusi dan kepemimpin­an kanan baharu bagi Sime Darby Plantation Bhd, Sime Darby Property Bhd dan Sime Darby Bhd. Dalam kalangan saham aktif, Mlab susut 1.5 sen kepada 15.5 sen, AHB jatuh 65 sen kepada 30 sen dan Talam Transform turun setengah sen kepada lima sen.

AT Systematiz­ation tidak berubah pada empat sen. CIMB naik lima sen kepada RM6.64. United Plantation­s mendahului senarai kaunter untung susulan naik 60 sen kepada RM27.80, manakala kaunter paling rugi, Nhfatt, jatuh 40 sen kepada RM3.94. Indeks FBM Emas susut 13.53 mata kepada 12,591.63, Indeks FBM Emas Syariah turun 15.72 mata kepada 12,729.68, Indeks FBMT 100 jatuh 15.04 mata kepada 12,232.61 dan FBM Ace berkuranga­n 54.94 mata kepada 6,616.64.

FBM 70, bagaimanap­un, naik 2.89 mata kepada 14,973.47. Mengikut sektor, Indeks Kewangan merosot 4.40 mata kepada 16,826.38 dan Indeks Perusahaan susut 9.86 mata kepada 3,274.01. Indeks Perladanga­n naik 4.39 mata kepada 7,839.79. Indeks Teknologi meningkat 0.34 mata kepada 37.82, didorong oleh pengumuman lima syarikat Malaysia berada dalam senarai Forbes 2017 Best Under A Billion, dan empat daripada lima syarikat da

itu merupakan firma berkaitan teknologi.

Jumlah dagangan Pasaran Utama naik kepada 1.07 bilion saham bernilai RM2.08 bilion berbanding 1.01 bilion saham bernilai RM1.84 bilion pada Khamis. Waran berkuranga­n 96.68 juta bernilai RM11.73 juta daripada 122.30 juta unit bernilai RM13.05 juta semalam.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE naik kepada 462.87 juta saham bernilai RM109.68 juta berbanding 449.48 juta saham bernilai RM114.91 juta berbanding 295.52 juta saham bernilai RM88.94 juta sebelum ini. Barangan pengguna menyumbang 43.13 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan (254.61 juta), pembinaan (61.34 juta), perdaganga­n dan perkhidmat­an (406.44 juta), teknologi (47.90 juta), infrastruk­tur (5.45 juta), SPAC (2.23 juta), kewangan (101.26 juta), hotel (6.58 juta), hartanah (126.02 juta), perladanga­n (12.71 juta), perlombong­an (23,200), REITS (7.39 juta) dan dana tertutup (35,000).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia