Berita Harian

Saham teknologi AS jejas pasaran Asia

-

Pasaran saham Asia merosot pada Jumaat selepas saham teknologi Amerika Syarikat (AS) terkeluar daripada rali baru-baru ini, walaupun keyakinan terhadap pendapatan korporat AS dan ekonomi global menyokong keseluruha­n sentimen.

Saham Eropah dijangka dibuka lebih rendah dengan pemerhati menjangkak­an DAX Jerman jatuh 0.7 peratus dan FTSE Britain turun 0.6 peratus.

Indeks MSCI Asia pasifik di luar Jepun turun 1.1 peratus menutup hampir keseluruha­n untung mingguanny­a dengan Samsung Electronic­s, syarikat terbesar Asia oleh pasaran modal, jatuh 4.4 peratus. Nikkei Jepun turun 0.6 peratus.

Di Wall Street, perindustr­ian Dow mencatatka­n penutup tinggi, dibantu oleh lonjakan sebanyak 7.7 peratus di Verizon berikutan pendapatan suku tahunan syarikat penerbanga­n utama AS.

Bagaimanap­un, pelabur terkejut dengan kejatuhan dalam saham teknologi dan pengangkut­an. Sektor teknologi S&P 500 jatuh 2.0 peratus kepada satu titik sebelum mengakhiri dagangan dengan susut 0.8 peratus.

Sementara itu, saham Amazon. com yang naik hampir 40 peratus tahun ini, jatuh 3 peratus selepas peruncit dalam talian itu melaporkan penyusutan keuntungan, sekali gus mengheret niaga hada665 pan AS untuk turun 0.3 peratus di Asia.

“Saham teknologi AS menyaksika­n rali luar biasa pada bulan lalu. Beberapa pelabur sudah membayangk­an suasana itu. Saya rasa, ia adalah perkara biasa untuk melihat aktiviti pengambila­n untung dalam tempoh jangka pendek,” kata Hirokazu Kabeya, ketua strategi global di Daiwa Sekuriti.

Namun, secara keseluruha­n, sentimen pelabur terus kukuh dipacu hasil pendapatan korporat yang meningkat dan prospek ekonomi global yang cerah.

“Memandangk­an Dow mencecah rekod tertinggi, sukar untuk berfikir sentimen pasaran tiba-tiba berubah,” kata Masahiro Ichikawa, ahli strategi kanan di Sumitomo Mitsui Asset Management.

Indeks S&P 500 berada pada landasan kukuh untuk merekodkan pertumbuha­n pendapatan suku tahunan dua kali ganda untuk pertama kali dalam tempoh enam tahun.

 ?? [FOTO AFP] ?? Saham Asia merosot selepas saham teknologi AS terkeluar daripada rali baru-baru ini.
[FOTO AFP] Saham Asia merosot selepas saham teknologi AS terkeluar daripada rali baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia