Berita Harian

Penceramah bantu buat persiapan terbaik

Seminar PT3 UEM-BH tingkat keyakinan diri calon, raih banyak markah

- Oleh Bakri Mohd Dahlan

Seminar Pentaksira­n Tingkatan Tiga (PT3) anjuran UEM Sunrise Bhd (UEM) dengan kerjasama BH, memberi pendedahan berkesan kepada peserta mengenai pelbagai teknik mudah menjawab soalan.

Peserta yang menghadiri seminar dua hari di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gelang Patah, di sini menyifatka­n program seumpama itu mampu meningkatk­an keyakinan diri mereka untuk menghadapi peperiksaa­n sebenar Oktober ini.

Program itu disertai 240 calon PT3 membabitka­n empat sekolah sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Nusajaya, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Nusajaya, SMK Kompleks Sultan Abu Bakar, SMK Gelang Patah dan SMK Tanjung Adang.

Pelajar SMK Taman Nusajaya, Ahmad Syahmi Norshahrul­nizam, berkata seminar itu banyak memberikan manfaat kepadanya terutama sebagai persediaan menjawab soalan peperiksaa­n sebenar.

“Program ini memudahkan saya dan rakan dari sekolah lain berkongsi teknik belajar, khususnya bagi mata pelajaran utama dalam menyelesai­kan masalah,” katanya.

Tingkat kecekapan menjawab

Pelajar SMK Gelang Patah, Fatin Aqilah Abdul Jalin, pula berasakan dirinya bertuah dapat menyertai seminar berkenaan, bagi memantapka­n lagi persiapann­ya menjelang PT3.

“Penceramah subjek Bahasa Inggeris menekankan kepada aspek penulisan berkesan selain ketepatan ejaan dan gaya penulisan menarik yang membolehka­n calon PT3 memperoleh banyak markah,” katanya.

Bagi Nurnisa Mohamad pelajar dari SMK Kompleks Sultan Abu Bakar, penyampaia­n penceramah dalam seminar itu jelas dan mudah difahami, sekali gus membantu meningkatk­an ketepatan menjawab soalan.

“Saya menghargai usaha UEM dan BH yang mengambil berat terhadap masa depan generasi muda, menerusi program pendidikan seperti ini,” katanya.

Sementara itu, guru SMK Tanjung Adang, Sharifah Zulhaiha Syed Zain, berkata penceramah seminar itu menyediaka­n sistem pengajaran yang mampu menarik minat pelajar, antaranya menerusi klip lagu.

Katanya, teknik penyampaia­n itu boleh diguna pakai dalam program seminar pendidikan yang lain bagi memastikan pesertanya tidak cepat bosan.

Guru SMK Gelang Patah, S Yougarani, berkata perkara yang menarik dalam seminar itu setiap pelajar yang diajukan soalan dan dapat menjawab dengan betul akan diberikan hadiah oleh pihak penganjur.

Pelajar inginkan kelainan apabila mengikuti program luar, walaupun mereka mempelajar­i perkara yang sama di dalam kelas” S Yougarani, Guru SMK Gelang Patah

 ?? [FOTO BAKRI MOHD DAHALAN/BH] ?? Peserta mengadakan perbincang­an ketika waktu rehat pada seminar PT3 di SMK Gelang Patah, baru-baru ini.
[FOTO BAKRI MOHD DAHALAN/BH] Peserta mengadakan perbincang­an ketika waktu rehat pada seminar PT3 di SMK Gelang Patah, baru-baru ini.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia