Berita Harian

LA'CELT 2017 memperkasa pedagogi BI

-

Langkawi: Seramai 100 warga pendidik dari seluruh negeri berkampung di pulau pelanconga­n ini sempena Kolokium Pengajaran Bahasa Inggeris (LA’CELT) 2017.

Selain guru Bahasa Inggeris dari sekolah rendah dan menengah, program tiga hari anjuran Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM) Cawangan Kedah dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah itu turut dihadiri peserta dalam kalangan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD).

Program yang menumpukan kepada usaha memperkasa aspek pedagogi terutama berasaskan abad ke-21 yang mementingk­an pemikiran aras tinggi itu dirasmikan Timbalan Pengarah Pendidikan Kedah, Sofaruddin Ismail.

Sofaruddin berkata, kolokium itu bertujuan memberi pengukuhan kepada guru subjek Bahasa Inggeris berkaitan konsep dan strategi pengajaran dan pembelajar­an (PDP) berasaskan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).

Pemangkin kejayaan pelajar

“Dalam perkembang­an mutakhir, guru perlu sentiasa berfikiran selari dengan maklumat dan mahir dengan penggunaan teknologi terkini bagi menjadikan PDP lebih berkesan dan menarik minat pelajar.

“Ini selaras dengan hasrat Kementeria­n Pendidikan untuk meningkatk­an kualiti guru Bahasa Inggeris di negara ini dalam satu program khas iaitu ‘English Language Roadmap 2015-2025’,” katanya ketika berucap pada majlis itu.

Yang turut hadir ialah Pengarah La’ CELT 2017, Zanurin Mohamad Safar.

Sofaruddin berkata, penerapan pembelajar­an abad ke-21 yang merangkumi pemikiran kritis, kolaborasi, komunikasi dan kreativiti perlu digiatkan pelaksanaa­nnya dan dikenal pasti sebagai antara pemangkin kepada kejayaan pelajar.

“Sehubungan itu golongan pendidik perlu sentiasa melengkapk­an diri dengan ilmu baharu dan menjadi ejen perubahan dalam usaha meningkatk­an standard bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar,” katanya.

 ?? [FOTO HAMZAH OSMAN/BH] ?? Sebahagian aktiviti yang dilakukan peserta La' CELT 2017 di Langkawi, baru-baru ini.
[FOTO HAMZAH OSMAN/BH] Sebahagian aktiviti yang dilakukan peserta La' CELT 2017 di Langkawi, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia