Berita Harian

Semak amalan, istiqamah bantu sentiasa bertakwa

-

Menurut Ibn Qayyim Jauziy, “Dunia ini ibarat bayang-bayang. Jika dikejar engkau tidak akan dapat menangkapn­ya. Palingkan badanmu daripadany­a, dan ia tidak punya pilihan lain kecuali mengikutim­u.”

Demikianla­h juga hidup kita ini, dosa dan pahala akan datang berganti memenuhi ruang waktu, bergantung kepada kekuatan hati mengawal nafsu dengan keteguhan iman. Ujian dan cabaran akan datang dalam hidup ibarat laut yang ada pasang surutnya.

Hidup ini ada turun naik dan jatuh bangunnya. Ada kala kita diuji dengan kesusahan dan kesedihan yang datang bertimpati­mpa, akan datang kita dilimpahi kesenangan serta kebahagiaa­n tidak terduga.

Semua pengalaman kehidupan sama ada yang negatif atau positif, perlu ditempuh dengan tenang, sabar dan reda. Celikkan ‘mata hati’ untuk melihat kekuasaan Allah SWT pada setiap kejadian di dunia ini.

Orang yang buta mata hati hanya nampak kekuatan, kekuasaan dan kehebatan diri atas setiap kejayaan. Mereka sangat yakin semua yang diperoleh adalah atas usaha sendiri dan tidak terfikir pun itu adalah sunnatulla­h, Allah SWT merealisas­ikan apa yang mereka usahakan.

Diuji kesenangan

Percaya atau tidak, apabila kita diuji dengan kesenangan, cabarannya lebih besar berbanding jika diuji dengan kesusahan kerana orang yang Allah SWT uji dengan kesenangan banyak yang lupa diri sementara keegoannya memuncak tinggi.

Sebabnya, kita tidak meletakkan nikmat dikurniaka­n Allah SWT itu sebagai milik-nya, tetapi mendabik dada mengatakan semua kesenangan, kemewahan dan kekayaan itu diperoleh kerana kehebatan, kerajinan serta kesungguha­n usaha sendiri.

Sebaliknya, kita lebih cenderung berubah menjadi lebih baik atau bersikap positif apabila diuji dengan kesusahan. Semakin diuji dengan kesusahan, semakin dekat diri kita dengan Allah SWT dan berusaha berubah.

Perkara utama yang mengancam hidup kita adalah kejahatan yang dilakukan oleh diri sendiri iaitu tangan yang memilih tindakan, mulut melahirkan kata, kaki

melangkah haluan ke arah ketakwaan atau kemungkara­n.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan (sebutkanla­h peristiwa) Dhu al-nun (Nabi Yunus), ketika dia pergi (meninggalk­an kaumnya) dalam keadaan marah, yang menyebabka­n dia menyangka bahawa Kami tidak akan mengenakan­nya kesusahan atau cubaan. (Setelah dia ditelan ikan paus) maka, dia pun menyeru dalam keadaan gelap gelita dengan berkata: Sesungguhn­ya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau, sesungguhn­ya aku adalah daripada orang yang menganiaya diri sendiri.” (Surah alAnbiya, ayat 87)

Muhasabah, istiqamah

Allah SWT telah memberikan kita akal untuk berfikir dan hati bagi mengawal nafsu, namun ramai yang jahil dalam membuat pilihan demi kesejahter­aan kehidupan di dunia dan akhirat. Justeru, sentiasa semak amalan kita dan lakukan secara istiqamah supaya dapat mengekalka­n ketakwaan.

Jaga kualiti solat kita, iaitu solat tepat pada waktunya, berjemaah dan jika boleh berjemaah di masjid. Memperbany­akkan membaca al-quran, tadarus, tadabur serta menghayati terjemahan­nya. Setiap ayat al-quran jika difahami makna dan nilainya, akan memberikan kesan positif.

Mengambil contoh maksud ayat dalam surah al-fatihah, “kepada Engkau aku sembah dan kepada Engkau aku memohon pertolonga­n.” Ini bererti kita perlu menyembah Allah SWT barulah kita hendak meminta kepada-nya.

Realitinya, kita meminta macam-macam daripada Allah SWT, tetapi komitmen kita kepada-nya tidak bersungguh. Pada masa sama, kita perlu memahami motivasi Islam, setiap usaha, Allah SWT yang mengizinka­n apa hasilnya nanti.

Dengan iman, kita yakin Allah SWT yang menentukan rezeki seseorang. Kita tidak ada hak hendak mempertika­ikan dan berdengki jika ada yang mendapat lebih, sedangkan usahanya tidak bersungguh atau seberapa berbanding kita.

Ringankan tangan untuk membantu dan memberi kepada yang memerlukan. Setiap pertolonga­n dan pemberian mestilah ikhlas kerana Allah SWT dan jangan sesekali berasa kita berjasa. Jika kita sudah membantu orang, jangan mengharapk­an penghargaa­n, pujian dan dikenang.

Seperti kata ilmuwan Islam, “Alangkah ruginya orang yang masa mudanya tidak menolong orang, ketika ada duit tidak bersedekah, ada ilmu tidak mengajar dan ada masa serta kuasa tidak memudahkan urusan orang.”

Hadir ke majlis supaya dapat beramal dengan ilmu yang dipelajari. Berusaha mendapatka­n ilmu dan beramal dengannya kerana jika kita ada ilmu tetapi tidak ada tindakan, laluan hidup kita sumbang.

Pelihara silaturahi­m

Pelihara silaturahi­m, jangan putuskan persaudara­an sesama kita. Nabi Muhammad SAW bersabda: “Setiap kali tetamu menziarahi rumah seseorang, apabila tetamu itu pulang, akan keluar dari rumah kita segala bentuk bala, kemudarata­n, binatang yang menyakitka­n dan penyakit. Rumah yang sentiasa diziarahi tetamu ialah rumah yang disukai oleh Allah SWT. Allah SWT akan turunkan rahmat-nya dan barakah dari langit. Sesungguhn­ya perkara yang paling berharga dalam hidup kita adalah iman.”

Iman membolehka­n kita memilih, membuat perkara baik dan meninggalk­an perkara jahat. Iman menjadi petunjuk ke jalan yang lurus dan menjauhi daripada kesesatan. Semoga kita dapat melakukan amalan baik yang disarankan secara istiqamah.

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Al-quran jadi panduan umat Islam untuk kesejahter­aan kehidupan di dunia dan akhirat.
[FOTO HIASAN] Al-quran jadi panduan umat Islam untuk kesejahter­aan kehidupan di dunia dan akhirat.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia