Berita Harian

Membongkar rahsia alam mistik Melayu

Pengkaji Universiti Oxford teliti 96 manuskrip, termasuk koleksi berkaitan kerabat diraja

- Oleh Hafizah Iszahanid

Di sebalik kemajuan dunia seiring dengan perkembang­an teknologi, kepercayaa­n kepada dunia mistik masih kekal dalam kalangan sebahagian masyarakat, termasuk di Asia Tenggara.

Kepercayaa­n kepada dunia mistik dianggap sebagai sebahagian ikhtiar untuk menyelesai­kan masalah. Ia berada dalam segenap ruang kehidupan masyarakat sama ada dalam urusan ekonomi, kesihatan malah hal-hal peribadi misalnya dalam memilih bakal suami atau isteri hinggalah untuk menentukan hari yang baik untuk memulakan perjalanan.

Dalam masyarakat Asia Tenggara amnya dan orang Melayu khususnya, kepercayaa­n kepada dunia mistik atau ilmu magis ini menjadi sebahagian perihal yang penting sejak dahulu lagi seperti terakam dalam manuskrip silam.

Hal itu dikongsika­n oleh Pembantu Penyelidik Muzium Ashmolen, Universiti Oxford, Dr Farouk Yahya ketika membentang­kan kajiannya, Malay Magic and Divination: Royal Patronage

and State Magicians di Muzium Diraja di sini.

Kaji keintiman Melayu dengan dunia magis

Kajian itu yang dibuat pada peringkat kedoktoran sejarah seni pada 2013 membabitka­n 96 manuskrip Melayu yang sudah terbit dan belum terbit bertarikh antara 1775 hingga 1933.

Tegas Farouk, beliau tertarik untuk meneliti keintiman orang Melayu dan dunia magis kerana hal ini belum dikaji.

“Saya memilih manuskrip yang memiliki banyak gambar rajah sesuai dengan bidang kajian sejarah seni.

“Antara penemuan yang menarik ialah kepercayaa­n kepada kewujudan jin kuning dan jin pengikat diri Hulubalang Tugal Setabang Alas,” katanya.

Penggunaan azimat

Farouk berkata, hari ini meskipun orang Melayu beralih kepada rawatan Islam, masih ada amalan magis dan perbomohan yang tidak bertentang­an dengan Islam diamalkan.

“Penggunaan azimat atau tangkal tolak bala juga adalah sebahagian daripada kepercayaa­n magis yang diamalkan oleh orang Melayu.

“Misalnya dalam sebuah manuskrip yang dikajinya dan tidak mempunyai judul serta milik Raja Muda Kelantan, dituliskan mengenai perlagaan lembu yang berlangsun­g antara 1838 hingga 1887.

“Dalam manuskrip itu dicatatkan mengenai lembu yang diletakkan azimat dalam bentuk kaligram singa yang bertujuan untuk memberi kemenangan kepada lembu berkenaan dalam perlagaan,” katanya.

Kata Farouk, kajian beliau turut menemukann­ya dengan manuskrip Melayu lama yang dimiliki ‘Sultan Muda dari Perak’ yang menghimpun semua doa dan jampi serapah yang berkaitan yang kini menjadi sebahagian koleksi School of Oriental and African Studies (SOAS), Universiti London.

Bomoh turun-temurun

“Konsep ‘Sultan Muda dari Perak’ ini sangat menarik kerana ia tidak merujuk kepada kerabat diraja atau Raja Muda, sebaliknya ia gelaran khusus untuk bomoh diraja.

“Jawatan bomoh ini pula adalah warisan turun-temurun keluarga itu,” katanya.

Farouk berkata, secara keseluruha­nnya terdapat banyak manuskrip Melayu yang bukan hanya berada dalam simpanan SOAS tetapi juga di Perpustaka­an Negara Malaysia dan Pusat Dokumentas­i Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang tersimpan dengan baik dan belum dikaji bagi membongkar kepintaran generasi dahulu.

Penggunaan azimat atau tangkal tolak bala juga adalah sebahagian daripada kepercayaa­n magis yang diamalkan oleh orang Melayu” Farouk Yahya, Pembantu

Penyelidik Muzium Ashmolen, Universiti Oxford

 ?? [FOTO ZUNNUR AL SHAFIQ/BH] ?? Farouk pada pembentang­an kajiannya, Malay Magic and Divination: Royal Patronage and State Magicians, di Muzium Diraja.
[FOTO ZUNNUR AL SHAFIQ/BH] Farouk pada pembentang­an kajiannya, Malay Magic and Divination: Royal Patronage and State Magicians, di Muzium Diraja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia