Berita Harian

Penjawat awam perlu bijak manfaat peluang beli rumah

-

Isu 300,000 penjawat awam bergaji RM3,000 ke bawah tidak mempunyai rumah sendiri seperti didedahkan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmat­an Awam (CUEPACS), baru-baru ini bukan perkara baharu tetapi lanjutan daripada beberapa tahun sebelumnya.

Malah, ia akan berterusan selagi tiada tindakan sepatutnya diambil dari pihak kerajaan dan penjawat awam sendiri.

Masalah perumahan bagi penjawat awam sebenarnya bukan sahaja berlaku di ibu kota tetapi juga di ibu kota negara ASEAN lain seperti Bangkok, Manila, Singapura, Jakarta dan juga Bandar Seri Begawan.

Masalah ini mendapat simpati kerajaan, termasuk pemaju perumahan dan juga bank. Dalam hal ini kerajaan dan juga sesetengah kerajaan negeri tidak berdiam diri untuk sediakan rumah kediaman sesuai kepada semua lebih-lebih lagi penjawat awam.

Cuma yang menjadi masalah ialah bilangan unit perumahan tidak mencukupi dengan permintaan pembeli yang semakin meningkat dari setahun ke setahun.

Apatah lagi dengan kos pembinaan semakin melonjak dan masalah penentuan lokasi kadang-kadang menjadi penyebab untuk pembinaan rumah sesuai dengan kemampuan rakyat.

Sebelum itu, Kerajaan Persekutua­n dan juga kerajaan negeri sudah mengadakan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di lokasi sesuai dan konsep kediaman mampu miliki dengan harga yang berpatutan atau secara ‘sewa untuk beli’.

Kekangan, kos sara hidup tinggi

Penjawat awam bergaji rendah bukan berdiam diri untuk beli rumah tetapi oleh sebab kekangan dengan kos sara hidup bulanan tinggi menyebabka­n mereka tidak mampu membeli rumah berharga bawah RM200,000, sama ada dibina kerajaan melalui projek rumah 1 Malaysia (PR1MA) atau pihak swasta. Justeru, ramai penjawat awam yang tinggal di ibu kota terpaksa menyewa rumah beberapa tahun lamanya walaupun keadaan kurang selesa.

Masalah penjawat awam yang hidup di ibu kota tanpa mempunyai rumah sendiri turut dialami pekerja swasta dan pekerja sendiri. Kalau hendak diikutkan golongan ini juga menghadapi masalah dan mereka terpaksa menelan kepahitan ini demi menempuh perjuangan hidup yang tidak pasti bila berakhir.

Bagi penjawat awam yang bergaji rendah tinggal di ibu kota tidak boleh mengharapk­an pihak kerajaan sahaja mengadakan projek perumahan.

Sebaliknya mereka perlu berusaha sendiri melihat iklan jualan rumah dalam akhbar dan juga media sosial kerana di situ terdapat banyak rumah berharga rendah atau kena lelong.

Mana tahu, jika ada rezeki seseorang itu dapat membeli rumah dengan harga murah. Persoalann­ya sama ada mahu tinggal atau tidak, itu tidak perlu difikirkan sangat.

Zaman sekarang banyak kemudahan pengangkut­an disediakan kerajaan, yang terbaru ialah Transit Aliran Massa (MRT) yang ada perkhidmat­an sehinggala­h daripada Kajang ke Sungai Buluh. Begitu juga jika membeli rumah di luar ibu kota Kuala Lumpur seperti di kawasan Rawang, Sepang, Tanjung Malim, Nilai dan juga Senawang ia tidak merugikan kerana ada pengangkut­an awam yang disediakan oleh kerajaan.

Satu alternatif lagi ialah penjawat awam yang berhijrah dari kampung dan bekerja di ibu kota sepatutnya membeli rumah atau tanah di negeri sendiri kerana harganya lebih murah.

Sewakan rumah

Kalau tidak mahu tinggal boleh memberi sewa. Hasil sewa bulanan rumah walaupun tidak mahal sekurang-kurangnya boleh juga bayar sewa rumah di tempat kerja. Biarlah rugi sedikit perbelanja­an bulanan dari segi kiraan matematik asalkan kita dapat beli rumah secepat mungkin.

Kalau hendak difikirkan memang penjawat awam yang bergaji rendah, mereka tidak boleh hidup selama-lamanya di ibu kota apatah lagi selepas bersara nanti.

Jadi, jika ada rumah yang boleh dibeli di kampung sendiri itu adalah lebih selesa di mana ada ruang tanah untuk sekurang-kurang menanam pokok buahan.

Bagi yang tidak tahan dengan kehidupan di ibu kota mereka boleh meminta tukar ke negeri-negeri atau daerah yang tidak mahal kos keperluan hidup harian seperti di Terengganu, Melaka, Kedah, Perlis dan juga di Sabah.

Di situ harga rumah dan tanah tidak berapa mahal dan penjawat awam pasti berpeluang memiliki rumah sendiri. Yang penting kita berani berhijrah dan melakukan transforma­si dalam sesuatu pekerjaan dan kehidupan.

Sebaliknya jika mengharapk­an pihak kerajaan sediakan perumahan mencukupi, itu belum pasti lagi bila masanya.

Kita mengharap masalah untuk penjawat awam khasnya yang tinggal di ibu kota mampu mempunyai rumah sendiri akan dapat diatasi secara beransur-ansur sekiranya pihak kerajaan bersungguh-sungguh menyediaka­n peruntukan khas dalam Bajet 2018 yang mana penjawat awam bergaji rendah boleh beli rumah pada harga bawah RM150,000.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia