Berita Harian

Skuad bawah 23 tahun kena sahut cabaran bukti kemampuan

-

Tahniah buat skuad muda bawah 23 tahun negara layak secara merit ke pusingan akhir di China pada 2019. Pencapaian ini adalah penanda aras skuad belia negara sejak dua edisi yang berlangsun­g sebelum ini.

Kali terakhir kita berjaya melayakkan diri ke Piala Asia ialah pada tahun 1980 menerusi skuad utama negara tetapi Malaysia tidak lagi layak ke Piala Asia selepas itu.

Ini sehinggala­h kejohanan pada peringkat Asia Tenggara diperkenal­kan diberi nama Piala Suzuki yang sedikit sebanyak mengubat kehausan semangat sokongan terhadap pasukan bola sepak negara.

Kejohanan Piala Asia 2019 juga bakal bermula awal tahun itu, satu pertanding­an yang sedikit sebanyak menaikkan maruah bola sepak negara kira-kira 30 tahun dahulu.

Apapun, kita mungkin patut lupakan seketika pencapaian lampau dan adalah lebih baik jika dapat memulakan langkah dan detik terbaru bersama semangat baharu.

Jurulatih pasukan bawah 23 tahun ini pastinya berpuas hati dengan prestasi anak didiknya yang amat cemerlang ini selepas sekian lama membimbing skuad belia negara.

Pasti kita terpana akan slogan daripada FIFA yang mana skuad yang layak diberi penghargaa­n dengan permata baharu dalam sukan bola sepak Asia pada masa hadapan.

Bakal berentap dengan gergasi Asia

Skuad di bawah kendalian Datuk Ong Kim Swee ini bakal berentap dengan gergasi Asia seperti Australia, Jepun dan Korea Selatan dan kita juga selaku Raja bola sepak pada peringkat Asia Tenggara melalui dua wakil yang lain, iaitu Thailand dan Vietnam, perlu bersedia menghadapi cabaran peringkat seterusnya.

Ternyata bakat muda yang diasah dan dilatih oleh Kim Swee begitu menjadi pada kali ini apabila mereka menundukka­n pasukan Indonesia dan Mongolia sekali pun tewas kepada pasukan Thailand.

Berikutan itu, ia meletakkan pasukan negara di tangga utama peringkat Kumpulan H, seterusnya layak secara automatik apabila Thailand sekadar seri dengan pasukan Indonesia.

Usaha perkuat bahagian serangan

Apapun, sementara menunggu detik permulaan pertanding­an seterusnya, anak Kim Swee perlu memandang masa yang ada untuk sebagai satu peluang untuk berusaha mempertaja­mkan lagi bahagian serangan supaya lebih berbesa dan memperkuat­kan lagi bahagian pertahanan bagi berdepan pasukan gergasi Asia.

Mungkin juga beberapa perlawanan persahabat­an dapat diadakan bagi memperbaik­i kelemahan pasukan negara sebelum mereka bertanding dalam kejohanan sebenar.

Perkara ini amatlah diperlukan lebih-lebih lagi pasukan bawah 23 tahun ini membuat penampilan yang pertama bersama pasukan Palestin yang juga layak pada kejohanan ini.

 ?? [FOTO LUQMAN HAKIM ZUBIR/BH] ?? Kim Swee bersama sebahagian pemain Skuad bawah 23 tahun di KLIA sebelum berangkat ke China bagi menghadapi tiga perlawanan persahabat­an sebagai persediaan menghadapi Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.
[FOTO LUQMAN HAKIM ZUBIR/BH] Kim Swee bersama sebahagian pemain Skuad bawah 23 tahun di KLIA sebelum berangkat ke China bagi menghadapi tiga perlawanan persahabat­an sebagai persediaan menghadapi Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia