Berita Harian

Larangan Israel sengaja undang padah

Rejim Zionis undang masalah, bakal hangatkan pertempura­n

-

Polis Israel, semalam melarang lelaki bawah 50 tahun bersolat di tapak suci yang sensitif, di sini dengan kebimbanga­n pertempura­n baru bakal berlaku selepas jemaah Palestin menghen tikan boikot buat pertama kali sejak dua minggu lalu.

Ketegangan di Al Haram Al Sharif terus memuncak walaupun selepas ribuan pelawat bersolat semula di kawasan Masjidil Aqsa dan Kubah Batu selepas pihak berkuasa Israel menanggalk­an semua alat kawalan keselamata­n.

Solat Jumaat di Alaqsa biasanya menarik ribuan umat Islam dan polis berkata ada petanda bahawa gangguan dan kemusnahan bakal berlaku.

“Hanya pelawat lelaki berusia lebih 50 tahun dibenarkan masuk. Beberapa jalan di sekitar Kota Lama dihadkan untuk dimasuki dan semua langkah kese lamatan perlu diambil untuk mencegah serta memberi tindak balas terhadap keganasan,” kata kenyataan polis.

Wanita tiada sekatan

Bagaimanap­un, tiada sekatan dikenakan ke atas wanita semua peringkat usia.

Semalam, Persatuan Bulan Sabit Palestin berkata, kirakira 187 orang cedera di dalam perkaranga­n AlAqsa dan kawasan berhampira­n Kota Lama selepas pertembung­an meletus dengan polis Zionis.

Sebelum itu, ribuan penduduk Palestin menyerbu kawasan suci itu untuk menunaikan solat Zuhur buat kali pertama dalam dua minggu, menamatkan boikot selepas Israel menarik balik langkah keselamata­n baharu yang dipasang selepas insiden pembunuhan dua anggota polis 14 Julai lalu.

Sementara itu, Jordan yang menjadi pengawal tapak suci Islam di Baitulmaqd­is, mengalualu­kan alat kawalan ditanggalk­an tapi memberi amaran Israel tidak harus mencetus provokasi ke atas warga Palestin.

Pihak berkuasa di Amman beranggapa­n jika Zionis tidak menunjukka­n sikap tanggungja­wab bererti mereka berdepan satu lagi krisis yang lebih teruk.

Ketika sama, pemerintah Jordan menyuaraka­n kemarahan dan menuntut Perdana Menteri Benjamin Netanyahu membicarak­an pengawal keselamata­n kedutaan Israel yang menembak mati dua warga Jordan.

Raja Abdullah turut mengingatk­an bahawa hubungan keduadua negara berjiran itu berdepan risiko.

Netanyahu memberikan sambutan wira kepada pengawal itu, selepas Israel membawanya pulang dengan menggunaka­n kekebalan diplomatik.

Abdullah menyifatka­n tindakan itu sebagai satu provokasi yang mengancam kestabilan keselamata­n dan menggalakk­an kegiatan pelampau.

“Kami menuntut Perdana Menteri Israel menunaikan komitmen beliau dan mengambil segala langkah untuk memastikan pembunuh ini dibicaraka­n dan bukan mengambil kesempatan untuk meraih populariti politik,” katanya.

Pengawal itu menembak mati seorang remaja Jordan, Mohammad Jawawdah di kedutaan Israel di Amman, Ahad lalu, serta pemilik rumah dalam kawasan pengawal itu tinggal.

 ?? [ FOTO AFP / EPA ] ?? Seorang jemaah ditahan polis Zionis di pekarangan Al-aqsa.
[ FOTO AFP / EPA ] Seorang jemaah ditahan polis Zionis di pekarangan Al-aqsa.
 ??  ?? Rejim Zionis mengawal berhampira­n jemaah Palestin yang sedang bersolat di luar Kota Lama, semalam.
Rejim Zionis mengawal berhampira­n jemaah Palestin yang sedang bersolat di luar Kota Lama, semalam.
 ??  ?? Polis Israel memeriksa jemaah sebelum masuk Al-aqsa.
Polis Israel memeriksa jemaah sebelum masuk Al-aqsa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia