Berita Harian

Kuchar bangkit di Terbuka Kanada

-

Montreal: Usaha Matt Kuchar untuk bangkit daripada kekecewaan selepas tewas tipis kepada Jordan Spieth di Terbuka British menerima tamparan apabila masalah pening kepala merencatka­n prestasiny­a pada pusingan pembukaan Terbuka Kanada, semalam.

Bintang Amerika Syarikat itu memulakan pukulan tee di lubang ke-10 di lapangan Glen Abbey, Ontario dan mengutip empat pukulan di bawah par selepas 11 lubang sebelum mula pamerkan pukulan goyah gara-gara tahap kesihatann­ya yang menurun.

Catat 65 di bawah par

Selepas menerima bantuan perubatan, dia menamatkan saingan hari pertama dengan satu di bawah par 71, sekali gus ketinggala­n enam pukulan di belakang pendahulu bersama Hudson Swafford, Brandon Hagy, Matt Every, Kevin Chappell dan Ollie Schniederj­ans.

Swafford membenam birdie sejauh 18 kaki di lubang ke-18 untuk melengkapk­an catatan sempurnany­a tujuh di bawah par 65.

“Mujur saya mampu mencapainy­a,” kata Swafford selepas merakam lapan birdie di atas permukaan rumput yang lembut ekoran hujan di mana cuaca buruk memaksa permainan ditangguhk­an selama dua jam pada tengah hari.

Cuaca buruk halang aksi pemain

“Permukaan lapangan amat sempurna, jadi mudah untuk anda melakukan putt. Saya cuba memberi sebanyak mungkin peluang kepada diri sendiri.”

Hagy turut melakukan lapan birdie bersama satu bogey di lubang ketujuh dengan peneraju lain membenam tujuh birdie tanpa bogey dan Chappell melakukan dua eagle, empat birdie dan satu bogey.

Bagaimanap­un, masih ada sebilangan pemain yang tidak sempat menamatkan aksi semalam disebabkan cuaca buruk dan mereka dijangka turun awal pagi tadi untuk melengkapk­an pusingan.

Juara Masters dua kali, Bubba Watson mengetuai kelompok 11 pemain yang ketinggala­n satu pukulan dengan mencatat enam di bawah par 66, membenam enam birdie tanpa bogey.

Permukaan lapangan amat sempurna, jadi mudah untuk anda melakukan putt. Saya cuba memberi sebanyak mungkin peluang kepada diri sendiri” Hudson Swafford, Pemain golf Amerika Syarikat

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia