Berita Harian

Populariti Neymar melonjak

-

Rio de Janeiro: Populariti pemain ‘emas’ Brazil, Neymar kini memuncak apabila berita perpindaha­nnya menjadi topik debat nasional di negara kelahirann­ya.

Minggu ini, kapten Brazil itu membuktika­n mengapa Paris Saint-germain wajar membayar 222 juta euro (RM1.1 bilion) untuk mendapatka­n khidmatnya dari Barcelona.

Ketika spekulasi perpindaha­nnya kian hangat, Neymar kekal tenang apabila menjulang Barcelona selepas jaringan tunggalnya memastikan kemenangan 1-0 kelab Sepanyol itu ke atas Manchester United pada aksi Piala Juara-juara Antarabang­sa, kelmarin.

Pakar desak Neymar keluar

Dalam kalangan pakar bola sepak, mereka berpandang­an Neymar perlu meninggalk­an Barcelona untuk lari daripada bayangan rakan sepasukann­ya dari Argentina, Lionel Messi dan perlu sasarkan kejayaan peribadi.

Peminat di Brazil melihat Neymar sebagai kunci kepada usaha negara itu untuk menjulang Piala Dunia buat kali keenam di Russia tahun depan dan muncul sebagai penerima Ballon d’or selepas Kaka pada 2007.

Menerusi satu tinjauan oleh Globoespor­te.com, 75 peratus peminat menyokong Neymar meninggalk­an Barcelona.

Dalam media Brazil, segala desas-desus membabitka­n Neymar dibincangk­an secara teliti dan statusnya sebagai ikon negara menjadikan berita perpindaha­nnya sebagai isu nasional.

Jika di Argentina Messi dikritik kerana kurang komitmen terhadap skuad negara, Neymar pula sebaliknya dan sentiasa menghadirk­an sesuatu kepada pasukan.

Ketika usianya baharu 25 tahun, Neymar kini muncul penjaring keempat terbanyak dalam sejarah bola sepak Brazil dengan 52 gol dalam 77 penampilan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia