Berita Harian

Peluang Lacazette bukti kehebatan di Emirates

-

London: Bintang Perancis yang kini milik Arsenal, Alexandre Lacazette akan membuat penampilan sulung di depan peminat Gunners di laman sendiri pada pertemuan pramusim Piala Emirates menentang kelab Portugal, Benfica, hari ini.

Bos Arsenal, Arsene Wenger berbelanja besar 52 juta pound (RM290.96 juta) bagi mendapatka­n penyerang itu dari Lyon, awal bulan ini.

Sekali pun Arsenal akan membuka kempen Liga Perdana pada 11 Ogos selepas pertemuan Piala Perisai Komuniti menentang Chelsea, minggu depan, pertemuan menjadi peluang terbaik buat Lacazette membuktika­n kemampuann­ya di depan peminat setia Gunners.

Selain membuktika­n Wenger mampu melakukan pelaburan hebat, penampilan sulung Lacazette di Emirates juga penting buat pemain berusia 26 tahun itu yang membesar dengan mengagumi legenda ‘Invincible’ Arsenal.

Impak Lacazette

Meskipun kejayaan Arsenal yang menjulang gelaran liga pada musim 2003-2004 tanpa sebarang kekalahan dibantu kecemerlan­gan bintang-bintang Perancis, termasuk Thierry Henry, Patrick Vieira dan Robert Pires itu mungkin sukar untuk diulang, Lacazette yakin dapat memberi impak pada musim pertamanya.

“Arsenal adalah kelab penuh legenda. Sepanjang zaman kanak-kanak saya, berterima kasih kepada Henry dan juga pemain-pemain Perancis lain, saya sentiasa bermimpi untuk bermain di kelab ini,” kata Lacazette.

“Sejarah Arsenal membuatkan saya tertarik. Saya menggemari kelab dengan sejarah. Juga hakikat yang pengurusny­a sudah berada di sini agak lama membuktika­n kestabilan dan saya menyukainy­a.

“Pada pendapat saya, Arsenal adalah antara kelab yang menampilka­n permainan terbaik di England, jadi saya benarbenar mahu berada di sini.”

Ketibaan Lacazette memberi harapan baharu buat peminat Arsenal yang berharap kelab berpangkal­an di London itu kembali bangkit selepas mengharung­i kempen penuh mengecewak­an musim lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia