Berita Harian

Bale dalam radar United

Real mahu beli penyerang Monaco, Mbappe

-

Manchester United kini harus berada dalam berjaga-jaga selepas diberi bayangan mampu mendapatka­n khidmat Gareth Bale daripada Real Madrid yang kini memburu penyerang muda Monaco, Kylian Mbappe.

Bale menjadi idaman United sejak bertahun-tahun dan pada 2007 Red Devils pernah muncul kelab pertama cuba menandatan­gani tonggak Wales itu sebelum pemain itu mengambil keputusan menyertai Real.

Kini United boleh memulakan langkah baharu selepas pengendali Real, Zinadine Zidane mengaku yang kedudukan Bale di Bernabeu belum lagi terjamin.

Persoalan juga timbul mengenai masa depan Karim Benzema dan Cristiano Ronaldo namun Bale seakan calon yang mungkin akan 'dikorbanka­n' pada sesi perpindaha­n musim panas kali ini kerana bergelut dengan masalah kecederaan dan prestasi.

Zidane enggan ulas

Ketika ditanya mengenai siapa yang bakal meninggalk­an Los Blancos, Zidane tidak dapat beri sebarang keputusan muktamad.

"Saya harap mereka semua akan terus kekal," kata Zidane. "Saya mahu semua orang terus kekal tetapi apa-apa pun boleh berlaku sehingga 31 Ogos ini.

"Saya seorang jurulatih, kamu perlu bercakap dengan seseorang dengan orang lain mengenainy­a. Buat masa ini tidak ada apa-apa lagi yang berlaku dan kita hanya ada skuad sedia ada," katanya mengenai kemungkina­n Mbappe menyertai Real.

Real ketika ini menawarkan harga 161 juta pound (RM900.87 juta) yang juga akan memecahkan rekod dunia untuk mendapatka­n pemain bintang juara Perancis, Monaco itu.

Juara Eropah itu sudah pun berbelanja sekitar 90 juta pound (RM503.59 juta) setakat ini dan penjualan pemain mampu membantu meningkatk­an dana bagi perpindaha­n Mbappe.

Selain Mbappe, United turut dikatakan berminat dengan pemain sayap Inter Milan,ivan Perisicas dengan pengurus, Jose Mourinho menyasarka­n dua muka baru ke Old Trafford.

 ??  ?? Aksi Bale (kanan) mengasak penjaga gol Manchester United, Sergio Romero pada saingan Piala Kejuaraan Antarabang­sa di California.
Aksi Bale (kanan) mengasak penjaga gol Manchester United, Sergio Romero pada saingan Piala Kejuaraan Antarabang­sa di California.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia