Berita Harian

Mesti bijak urus latihan untuk elak cedera: Khairy

-

Kuala Lumpur: Berbaki tiga minggu menjelang temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berharap pihak pengurusan, atlet dan jurulatih bijak menguruska­n jadual latihan serta kejohanan pemanas badan yang disertai mereka.

Beliau berkata, ini bagi mengelakka­n kecederaan dalam kalangan atlet yang boleh menjejaska­n peluang mereka untuk beraksi pada temasya dwtahunan itu nanti.

“Kecederaan itu sebahagian daripada sukan. Mana kita dapat elak, kita elak sebab tidak ada sesiapa yang hendak cedera. Mereka pun tahu macam mana hendak urus latihan dan kejohanan sebelum Sukan SEA.

Pastikan semua atlet bersedia

“Kalau sekiranya berlaku kecederaan yang tidak dapat dielakkan, kita tidak boleh hendak buat apa. Yang pastinya, kita akan sentiasa pastikan semua atlet bersedia pada Sukan SEA nanti,” katanya selepas menghadiri forum terbuka ‘Hab Sukan Komuniti untuk Semua’ di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, semalam.

Beberapa atlet difahamkan mengalami kecederaan ketika menyertai kejohanan sebagai persediaan menghadapi Sukan SEA Ogos ini dan terkini pemain badminton perseorang­an wanita negara, Goh Jin Wei.

Peluang pemain itu membawa cabaran padai Sukan SEA jadi tanda tanya selepas mengalami kecederaan berulang di buku lali ketika beraksi pada Kejohanan Remaja Asia di Jakarta minggu lalu.

Untuk rekod, Jin Wei mengalami kecederaan buku lali ketika beraksi di Malaysia Masters di Sibu pada Januari lalu dan kembali beraksi selepas tiga bulan tersisih dan sejak itu mengharung­i jadual yang begitu padat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia