Berita Harian

Analisis ISN buahkan hasil cemerlang

Bantu pelari negara perbaiki catatan masa

- Oleh Mohd Khairie Khalid

Analisis teknikal daripada Institut Sukan Negara (ISN) menjadi antara penyumbang utama kepada kejayaan kuartet 4x100m lelaki memecahkan rekod kebangsaan di Vietnam.

Perkara itu diakui jurulatih negara, Mohd Poad Md Kassim mengenai perlunya kajian berkaitan catatan masa milik atlet dalam setiap kejohanan disertai selain komunikasi berkesan daripada setiap jurulatih.

“Alhamdulil­lah dan saya bersyukur dengan catatan masa milik pelari 4x100m di Vietnam.

“Kerjasama jurulatih pecut dengan ISN terutamany­a Jad Adrian Washif (Ketua Pusat Sukan Kekuatan dan Daya Tahan, Bahagian Prestasi Sukan, Institut Sukan Negara) banyak membantu kejayaan ini.

“Jad sebelum ini ada membuat analisis mengenai teknikal di Kejohanan Trek dan Padang Asia, India. Analisis itu turut membantu peningkata­n kaedah menukar baton di Vietnam,” kata Mohd Poad ketika dihubungi, semalam.

Tunjuk peningkata­n

Mengulas lanjut, Mohd Poad berkata setakat ini semua pelari menunjukka­n peningkata­n, termasukla­h jaguh pecut negara, Khairul Hafiz Jantan.

Kelmarin, pelari 4x100m lelaki negara memperbaha­rui rekod kebangsaan acara itu pada Kejohanan Olahraga Terbuka Vietnam 2017 di Ho Chi Minh, Vietnam.

Kuartet lelaki yang dibarisi Muhammad Haiqal Hanafi, Jonathan Nyepa, Badrul Hisyam Abdul Manap dan Khairul Hafiz melakukan catatan 39.62s untuk meraih pingat emas.

Rekod lama acara itu dicipta gandingan Jonathan, Mohd Izzuddin Yahaya, Harith Ammar Mohd Sobri dan Nixson Kennedy di Sukan SEA Singapura 2015 dengan catatan 39.67s.

Pada temasya dwitahunan dua tahun lalu, kuartet Thailand meraih pingat emas dengan kepantasan 38.99s, diikuti Singapura perak (39.24s) dan Indonesia membawa pulang gangsa (39.32s).

 ??  ?? Mohd Poad Md Kassim
Mohd Poad Md Kassim

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia