Berita Harian

Tak sangka pecah rekod kebangsaan: Haiqal

-

Kuala Lumpur: Kejayaan memecahkan rekod kebangsaan acara 4x100 meter (m) lelaki di Vietnam dianggap sebagai tonik terbaik serta pembakar semangat buat atlet olahraga negara menjelang saingan di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), Ogos depan.

Semangat membara itu dilontarka­n Muhammad Haiqal Hanafi yang menjadi pelari pertama ketika gandingann­ya bersama Jonathan Nyepa, Badrul Hisyam Abdul Manap dan Khairul Hafiz Jantan melakar rekod kebangsaan baharu dengan kepantasan 39.62s.

"Saya sebenarnya tidak sangka akan membantu pasukan 4x100m pecahkan rekod di Vietnam. Tapi kami sudah buktikan kami boleh lakukan yang terbaik dan mendapat larian 39.62s.

"Alhamdulil­lah dengan kejayaan ini, terima kasih ibu bapa, jurulatih (Mohd Poad Md Kassim) dan rakyat Malaysia yang mendoakan kejayaan kami.

“Insya-allah kami akan melakukan larian yang lebih baik pada Sukan SEA nanti," kata atlet dari Negeri Sembilan itu yang kini berusia 19 tahun ketika dihubungi, semalam.

Pertama kali

Atlet Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) itu turut memaklumka­n yang mereka sudah menjalani latihan bersama serta menemui keserasian ketika berkampung di Afrika Selatan awal tahun lalu, namun kuartet itu tidak diturunkan untuk menyertai kejohanan sehinggala­h diberi kepercayaa­n di Vietnam.

Kelmarin, kuartet lelaki negara berjaya memperbaha­rui rekod kebangsaan acara tumpuan itu pada Kejohanan Olahraga Terbuka Vietnam 2017 yang berlangsun­g di Ho Chi Minh.

Kuartet lelaki negara melakar rekod kebangsaan baharu untuk meraih pingat emas, manakala pingat perak dan gangsa milik Vietnam masing-masing dengan catatan 40.57s dan 41.19s.

Catatan itu sekali gus meleburkan rekod lama berusia 13 bulan milik gandingan Jonathan, Mohd Izzuddin Yahaya, Harith Ammar Mohd Sobri dan Nixson Kennedy (39.67s) yang dicipta pada 12 Jun 2015 pada Sukan SEA Singapura.

 ??  ??
 ??  ?? Haiqal janji akan melakukan larian yang lebih baik pada Sukan SEA.
Haiqal janji akan melakukan larian yang lebih baik pada Sukan SEA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia