Berita Harian

Vingada tidak setuju kuota import dikurangka­n

- Oleh Aziman Rosdi

Kuala Lumpur: Meskipun mengakui sukar untuk mencari penyerang berkualiti, pengendali skuad Harimau Malaya, Nelo Vingada tidak bersetuju jika Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengurangk­an kuota pemain import bagi pasukan Liga Super.

Sebaliknya beliau berpendapa­t agar kuota pemain import bagi saingan Liga Perdana dikurangka­n daripada 3+1 kepada 2+1 serta menetapkan peraturan lima pemain bawah 23 tahun beraksi dalam setiap pasukan dalam sesuatu perlawanan.

“Saingan Liga Super adalah yang paling tinggi di Malaysia jadi pada saya tiada masalah dengan kuota pemain import itu.

“Tidak perlu ada peraturan untuk mewajibkan beberapa pemain bawah 23 tahun bermain dalam pasukan Liga Super kerana dalam Liga Super, hanya pemain yang benar-benar layak perlu bermain dalam pasukan, bukan disebabkan peraturan.

Kuota 3+1 pemain import

“Tapi pada saya bagi saingan Liga Perdana, adalah lebih baik kuota pemain import itu dikurangka­n misalnya 2+1 berbanding 3+1 sekarang.

“Jika 12 pasukan, maka sudah ada 12 slot akan diisi oleh pemain tempatan.

“Selain itu, setiap pasukan Liga Perdana perlu menurunkan lima pemain bawah 23 tahun, manakala enam lagi pemain terbuka tanpa mengikut had umur.

“Bagi saya, ini akan membolehka­n pemain yang berpotensi tapi belum cukup bagus untuk beraksi dalam Liga Super dapat beraksi di Liga Perdana,” kata Vingada.

Ketika ini setiap pasukan Liga Super dan Liga Perdana memiliki kuota 3+1 pemain import dengan satu daripadany­a adalah pemain import dari Asia.

Ada pihak berpendapa­t kehadiran pemain import khususnya di posisi penyerang menyebabka­n pemain tempatan tenggelam, sekali gus menjadi punca kemerosota­n skuad kebangsaan berbanding ketika Malaysia menjuarai Sukan SEA 2009 di Laos dan Piala AFF 2010 Jakarta di mana pemain import diharamkan dalam Liga Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia