Berita Harian

Chia layak ke CIMB Classic

- Oleh Syed Riduan Ahmad

Kuala Lumpur: Danny Chia mengesahka­n penampilan keenamnya di kejohanan berprestij CIMB Classic selepas menewaskan juara bertahan Gavin Green dalam penentuan playoff Kejuaraan CIMB Kebangsaan di TPC Kuala Lumpur, semalam.

Chia yang mendahului sejak pusingan kedua merakam tiga bawah par 69 di pusingan terakhir selepas memadamkan triple bogey pada awal permainan dengan lapan birdie untuk catatan keseluruha­n lapan bawah par 280.

Green yang memulakan pusingan terakhir tiga pukulan di belakang Chia, mengheret permainan ke penentuan playoff selepas mencatat enam bawah par 66 hasil tujuh birdie dilakukan.

Masing-masing mencatat par pada lubang pertama playoff, namun Chia memastikan kemenangan ketiga di kejohanan itu dengan melakukan birdie di lubang playoff kedua.

Paling sukar

“Hari ini (semalam) adalah kejohanan paling sukar yang memerlukan saya melakukan kebangkita­n. Kembali menyertai CIMB Classic sesuatu yang hebat, dan memenangi kejohanan ini dengan menewaskan Gavin dalam playoff cukup memuaskan.

“Saya menjadikan keadaan sukar buat diri sendiri. Pada awal pusingan saya melakukan triple bogey, sesuatu yang sering terjadi kepada saya. Ia terlalu kerap sehingga saya sudah biasa bangkit mengatasin­ya,” kata Chia.

Dengan tempat ke CIMB Classic hanya ditawarkan kepada pemenang kejohanan kelayakan ini, Green bagaimanap­un masih berpeluang menyertain­ya menerusi kedudukan dalam Order of Merit Jelajah Asia.

Pemain 23 tahun itu kini berada di tangga keempat ranking berkenaan dan perlu mengekalka­n kedudukan dalam kelompok 10 terbaik menjelang 9 Oktober untuk layak ke CIMB Classic buat kali kedua berturuttu­rut.

Pemain tempatan yang berada di kedudukan tertinggi dalam ranking golf dunia menjelang 2 Oktober nanti juga layak beraksi di kejohanan yang menawarkan hadiah keseluruha­n AS$7 juta (RM29.96 juta) itu.

 ??  ?? Chia muncul juara dalam penentuan playoff Kejuaraan CIMB Kebangsaan di TPC Kuala Lumpur, semalam.
Chia muncul juara dalam penentuan playoff Kejuaraan CIMB Kebangsaan di TPC Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia