Berita Harian

‘Kami masih ada peluang ke suku akhir’

- Oleh Rizar Mohd Noor

Johor Bahru: Pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Natxo Insa berazam untuk memastikan pasukan itu pulang dengan tiga mata ketika menentang Sarawak pada aksi Kumpulan D saingan Piala Malaysia di Stadium Negeri, Kuching, malam ini.

Pemain kacukan itu yang menyertai skuad Harimau Selatan ketika jendela perpindaha­n kedua dibuka memiliki pengalaman luas beraksi bersama kelab Liga Sepanyol, Levante Uni?n Deportiva menyifatka­n peluang JDT untuk mara ke suku akhir masih terbuka tatkala berada di tangga kedua kumpulan itu selepas mengumpul empat mata.

Katanya, walaupun belum beraksi dalam kancah piala berprestij selepas sering direhatkan untuk memberi tumpuan pada aksi Liga Super, dia berharap dapat membuat penampilan apabila menentang skuad Bujang Senang.

“Kami masih ada peluang lagi untuk mara ke suku akhir tatkala berbaki tiga perlawanan dalam kumpulan itu dan saya berharap ketua jurulatih, Ulisses Morais menyenarai­kannya dalam kesebelasa­n utama.

Corak latihan

“Sejak menyertai pasukan itu, saya amat selesa dengan corak latihan dan permainan yang ditonjolka­n dan kami berada di landasan terbaik untuk mencipta kejuaraan liga untuk empat musim berturut-turut.

“Apa pun, kami lupakan seketika saingan liga kerana tumpuan terarah aksi Piala Malaysia dan kami juga meletakkan sasaran untuk cuba memenangi piala itu yang belum pernah dimenangi JDT.

“Saya optimis kami mampu lakukan,” katanya.

Insa yang dianggap ‘wira tak didendang’ dalam skuad Hari- mau Selatan, sering memainkan peranan penting di posisi tengah berganding­an bersama kapten Safiq Rahim bagi membentuk kombinasi mantap.

Dia bijak mematikan gerakan pemain lawan dan kerap membantu barisan serangan dan pertahanan.

“Walaupun kita pernah tewaskan Sarawak 4-0, itu cerita lama dan kami akan turun dengan corak taktikal yang ampuh untuk buru kemenangan selepas tewas pada aksi terakhir kepada Selangor 2-3 pada aksi terakhir pusingan pertama,” kata Insa.

 ??  ?? Natxo Insa
Natxo Insa

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia