Berita Harian

Melaka United, Kedah masing-masing tekad menang

Skuad Hang Tuah baiki pertahanan, Kedah jadikan Ilso taruhan

- Oleh Nazri Abu Bakar dan Izzali Ismail

Melaka United (MU) perlu memenangi perlawanan berdepan Kedah dalam saingan Kumpulan C Piala Malaysia di Stadium Hang Jebat, malam ini jika mahu melepasi saingan ke suku akhir.

Pengurus pasukan MU, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi, berkata walaupun masih ada dua aksi lagi berdepan UITM FC dan Kelantan kemenangan itu mampu meletakkan pasukan itu sebagai juara kumpulan.

“Sasaran awal adalah untuk kekal di Liga Super, namun jika pemain mampu memberikan yang terbaik dalam perlawanan malam ini, tidak mustahil langkah lebih jauh mampu dicapai skuad Hang Tuah di Piala Malaysia musim ini,” katanya semalam.

Beliau berkata, MU terus kempunan menggunaka­n khidmat pemain importnya dari Macedonia, Jasmin Macenovic pada aksi malam ini kerana mengalami kecederaan serius.

Selepas khidmatnya tidak dapat digunakan ketika tewas 0-2 kepada Pahang dan menang 4-2 ke atas Sarawak di Stadium Hang Jebat, minggu lalu, khidmat pemain itu sekali lagi tidak dapat digunakan pada perlawanan penting ini.

Buru tiga mata Di Alor Setar,

penyerang import Kedah, Ken Ilso Larsen menjadi taruhan terbaik skuad Helang Merah untuk memburu tiga mata menentang MU, malam ini.

Penyerang kelahiran Denmark ini yang meledak dua gol ketika menentang Kelantan pada saingan Liga Super Rabu lalu bakal menjadi senjata utama serta pertaruhan terbaik Kedah untuk mengharung­i saingan Kumpulan C.

Ken Ilso, mengakui aksi kebangkita­n yang ditunjukka­n Kedah dalam dua perlawanan Liga Super sebelum ini menjadi pemangkin kepadanya untuk meneruskan perjuangan memburu kemenangan dalam saingan Piala Malaysia.

“Kita harus kekalkan rentak dan momentum seperti yang dipamerkan dalam dua perlawanan lalu.

“Dua gol yang saya hasilkan ketika menentang Kelantan membangkit­kan lagi semangat untuk meneruskan persembaha­n terbaik,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia