Berita Harian

‘Elak buat kesilapan mudah’

Asri ingatkan anak buah guna kelebihan beraksi di laman sendiri benam Pahang

- Oleh Mohd Amin Jalil dan Asrol Awang

Pengendali Negeri Sembilan, Mohd Asri Ninggal mengingatk­an anak buahnya tidak mengulangi kesilapan mudah apabila turun melayan kunjungan Pahang dalam saingan Kumpulan A kempen Piala Malaysia di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam ini.

Peringatan itu dibuat susulan kegagalan Negeri Sembilan mencapai kemenangan selepas seri 2-2 dengan Terengganu biarpun mendahului 2-0 dalam saingan Liga Perdana di Kuala Terengganu, Selasa lalu.

Mohd Asri jelas bimbang de ngan situasi itu selepas kesilapan berkenaan berulang beberapa kali dalam perlawanan sebelum ini sama ada pada aksi liga mahupun Piala Malaysia.

“Pemain perlu kekal fokus sepanjang tempoh permainan kerana pasukan lawan pasti mengambil kesempatan jika mereka leka,” katanya semalam.

Pahang tiada pilihan

Mohd Asri berkata, anak buahnya perlu menggunaka­n peluang terbaik beraksi di laman sendiri bagi menewaskan Pahang untuk mencerah peluang layak ke suku akhir.

Di Kuantan, Pahang yang masih belum mencatat kemenangan dalam saingan Piala Malaysia mahu menamatkan penantian itu ketika bertemu Negeri Sembilan, malam ini.

Selepas tiga perlawanan, skuad Tok Gajah sekadar mengutip tiga mata iaitu seri ketigatiga perlawanan ketika Perbadanan Kemajuan Negeri perak (PKNP) FC selesa mendahului Kumpulan A dengan tujuh mata.

Justeru, pemangku jurulatih Pahang Ahmad Shaharuddi­n Rosdi mahu pemain mempamerka­n komitmen tinggi untuk meraih tiga mata dalam usaha mengukuhka­n kedudukan dalam saingan piala berprestij itu.

Katanya, tiada pilihan lain buat skuad Pahang kecuali mencatat kemenangan ke atas Negeri Sembilan jika mahu mengisi slot suku akhir Piala Malaysia musim ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia