Berita Harian

Tchetche ‘berselera’ jaring gol

- Oleh Faizul Azlan Razak

Kuala Terengganu: Penyerang import Terengganu, Kipre Tchetche menuntut rakan sepasukann­ya mengekalka­n semangat juang tinggi berdepan Selangor dalam aksi Kumpulan D saingan Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam ini.

Pemain kelahiran Ivory Coast itu berkata, dua gol yang dijaringka­n ketika mengikat Negeri Sembilan, Jumaat lalu menambah keyakinann­ya untuk terus mencipta jaringan untuk skuad Penyu.

“Setiap perlawanan penting buat pasukan, jadi semua pemain harus fokus dan saling bekerjasam­a sebagai satu pasukan memastikan kemenangan mampu dicapai.

“Dua gol yang membantu pasukan mengutip satu mata dalam aksi Liga Perdana hasil kerja keras rakan sepasukan dan saya harap kombinasi ini dapat diteruskan menentang Selangor malam esok (malam ini),” katanya.

Semangat juang

Penyerang berusia 29 tahun itu berkata, semangat juang yang dipamerkan menjadi senjata utama Terengganu ditambah sokongan pemain ke-12 membuatkan pemain tidak menyerah kalah.

“Kami tahu Selangor pasukan yang bagus dan kami akan berusaha memberi cabaran sengit kepada mereka malam esok (malam ini),” katanya.

Sementara itu, pengendali Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim, berkata pasukannya wajib meraih kemenangan ke atas Red Giant jika mahu merebut dua slot dalam Kumpulan D.

Katanya, pasukannya turun bermain di gelanggang dan penyokong sendiri, maka pemain yang diturunkan malam ini perlu merebut peluang dengan meraih tiga mata penuh.

“Tchetche tetap menjadi taruhan Terengganu dalam melakukan gerakan dan merobek kubu lawan. Saya harap Tchetche terus mempamerka­n bisanya di samping itu pasukan dapat kurangkan membuat kesilapan mudah bertemu Selangor,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia