Berita Harian

Bangkit semula tsunami Gelombang Biru

Mahu lihat Terengganu kembali menang bergaya

- Oleh Baharom Bakar dan Rosli Ilham bhkt@bh.com.my

Tsunami ‘Gelombang Biru’ perlu dibangkitk­an segera bagi memastikan Barisan Nasional BN terus memerintah Terengganu.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammudd­in Hussein, berkata kebangkita­n itu juga mampu merampas kembali kerusi UMNO daripada pembangkan­g.

Katanya, tsunami Gelombang Biru memainkan peranan yang besar dan mampu mengembali­kan kemenangan bergaya BN Terengganu sebagaiman­a Gelombang Biru yang dilancarka­n ketika zaman pembangkan­g memerintah Terengganu pada 2004.

“Saya serta semua pemimpin tertinggi

Hishammudd­in bersalaman dengan perwakilan pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Dungun di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Setiu di Sungai Tarom, Permaisuri, semalam.

yang lain mahu melihat Terengganu kembali menang bergaya.

“Ayuh kita semua bangkit dan lancarkan perang habis-habisan melawan pembangkan­g sebaik semboyan pilihanray­a ditiup Perdana Menteri nanti,” katanya berucap merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan Pergerakan UMNO Bahagian Dungun di Dewan Kolej Vokasional Dungun, di sini, semalam.

Yang turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari; Ketua UMNO Bahagian Dungun, Datuk Din Adam, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Dungun, Roslee Daud dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Dungun, Zainun Abu Bakar.

Hishammudd­in yang juga Menteri Pertahanan, berkata bagi mengembali­kan kegemilang­an UMNO, pemimpin pada semua peringkat diminta melupakan persengket­aan yang boleh membawa barah dalam perjuangan UMNO.

Selain itu, katanya, pemimpin dan ahli UMNO perlu menghargai perjuangan tokoh kepimpinan negara terdahulu yang berjuang habis-habisan untuk negara tanpa sebarang persengket­aan.

Terdahulu, ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO bahagian Setiu, di Dewan Majlis Daerah Setiu (MDS) Sungai Tarom, di sini, pada pagi, Hishammudd­in berkata kepemimpin­an parti tidak perlu melobi untuk menjadi calon pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

 ?? [FOTO MOHD SYAFIQ RIDZUAN AMBAK/BH] ??
[FOTO MOHD SYAFIQ RIDZUAN AMBAK/BH]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia