WMG HOLDING
Bakal lancar projek hartanah RM1.3 bilion
Holdings Bhd (WMG), pemaju hartanah berpangkalan di Sabah, merancang menambah simpanan tanah, khususnya di Sandakan dan Kota Kinabalu, Sabah. Pengarah Urusan Kumpulannya, Quek Siew Hau, berkata WMG juga bercadang melancarkan beberapa projek hartanah lebih RM1.3 bilion dalam beberapa tahun akan datang. Cadangan projek hartanah membabitkan kawasan 17.65 hektar di Sabah, merangkumi keduadua projek hartanah kediaman dan komersial. Beliau berkata demikian pada sidang media penyenaraian saham syarikat itu Pasaran Utama Bursa Malaysia, di Kuala Lumpur semalam. Penyenaraian WMG di bursa itu susulan kejayaan pengambilalihan berbalik penyenaraian Tekala Corporation Bhd.
Simpanan tanah 248 hektar
Siew Hau berkata, prospek jangka panjang pasaran pembangunan hartanah di Sandakan dan Kota Kinabalu memberangsangkan, dipacu perbelanjaan kerajaan ke atas projek infrastruktur di negeri itu, umpamanya Lebuh raya Pan Borneo yang melalui Kota Kinabalu dan Sandakan. Beliau berkata, ketika ini WMG memiliki simpanan tanah seluas kirakira 248 hektar, dengan 176.8 hektar daripadanya terletak di Sandakan, manakala baki di Kota Kinabalu. Projek semasa WMG termasuk Sejati Walk, Mydin Hypermarket dan Sri Indah Kondominium di Sandakan dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) RM445.1 juta. WMG mencatat premium awal dua sen sempena penye naraiannya di Bursa Malaysia semalam. WMG dibuka pada harga 50 sen seunit berbanding 48 sen, menyaksikan 40,000 unit saham bertukar tangan. Saham syarikat itu mencatat harga harian tertinggi 50 sen dan terendah 43 sen sebelum ditutup jam 5 petang pada 43 sen, mewakili diskaun 0.05 sen Sejumlah 235,800 unit saham bertukar tangan. Mengulas harga pembukaan itu, Pengarah Urusannya, Siew Hau, berkata penyenaraian berkenaan tepat pada waktunya.