Mohamad Fauzan Akmal Zulkarnain
Cedera tidak pernah menghalang Fauzan Akmal tingkatkan kemahiran dalam sukan berkenaan
sokongan kepadanya terutama ketika perlawanan.
Beri semangat
“Ibu sentiasa memberi semangat terutama ketika saya berdepan dilema sama ada mahu memilih sukan bola sepak atau ragbi ketika di sekolah menengah.
“Pemilihan sukan ini juga disebabkan ragbi adalah antara sukan utama di sekolah saya, selain terkenal dalam kalangan sekolah berasrama penuh, sekolah berprestasi tinggi dan sekolah kluster harian tertentu,” katanya.
Anak kelahiran Kluang, Johor itu berkata, disebabkan belajar di sekolah berasrama penuh, maka tidak menjadi masalah buatnya membahagikan masa untuk belajar dan bersukan.
Katanya, dia perlu memberi tumpuan sepenuhnya ketika pembelajaran di dalam kelas dan kelas persediaan pada waktu malam dengan masa terluang dimanfaatkan untuk mengulang kaji pelajaran.
“Biasanya latihan ragbi adalah pada waktu petang selain hujung minggu jika terdapat kejohanan tertentu,” katanya. Tarikh Lahir:
4 Februari 2003
Tempat Lahir:
Kluang, Johor
Pendidikan:
Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11(1) Sekolah Sultan Alam Shah
Hobi: Melukis
Cita-cita: Juruterbang Komersial
Pembabitan dan Pencapaian:
Olahragawan keseluruhan Kejohanan Olahraga Sukan Sekolah Sultan Alam Shah 2017
Pingat perak acara
110M Bawah 15 Tahun Berpagar Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah (MSS) Putrajaya 2017
Naib Johan KL Saracens International Rugby
10s U14 year 2017
Juara Brotherhood
Cup STAR - SAS U15 Rugby Challenge 2017
Sertai pasukan senior untuk kejohanan SBP 10s U16 dan Kejohanan Ragbi NRDP Sekolah Menengah Sains Selangor U16