Berita Harian

Pelombong tak peduli arahan

Arahan henti kegiatan sejak 2016 tak diendah

- Oleh Biro BH Pahang

Selepas lebih setahun dikuatkuas­akan ada pengusaha meneruskan kegiatan di sebalik alasan mengeluark­an stok sedia ada. Tinjauan BH mendapati lori membawa bauksit beroperasi seperti biasa dan menggunaka­n khidmat tonto bagi lindungi kawasan perlombong­an

̌

Pelaksanaa­n moratorium terhadap perlombong­an bauksit di negeri ini sejak 15 Januari 2016, dipercayai gagal menghentik­an aktiviti itu yang kini disyaki berjalan secara haram.

Selepas lebih setahun moratorium perlombong­an bauksit dikuatkuas­akan, ada pengusaha lombong dipercayai meneruskan aktiviti itu dengan berselindu­ng di sebalik alasan mengeluark­an simpanan bauksit sedia ada.

Berdasarka­n maklumat diperoleh daripada Kementeria­n Sumber Asli dan Alam Sekitar, ketika moratorium dilaksanak­an, simpanan bauksit adalah 5.4 juta tan, tetapi sehingga 8 Jun 2017, sejumlah 5.8 juta tan bauksit sudah dieksport melalui Pelabuhan Kuantan dan Kemaman, Terengganu.

Perlombong­an yang dipercayai masih berjalan menyaksika­n lori dengan muatan bauksit beroperasi seperti biasa, melalui ladang kelapa sawit sekitar FELDA Bukit Goh, sebelum memasuki Lebuhraya Pantai Timur (LPT) di antara laluan Jabor menghala ke susur keluar Plaza Tol Kuantan,

Hasil maklumat awam, tinjauan BH selama seminggu, mendapati aktiviti lori memunggah bahan mineral berkenaan masih berjalan dan menggunaka­n khidmat sekumpulan tonto bagi melindungi kawasan perlombong­an.

Seorang peniaga di kawasan Pasir Kemudi, Jalan Sungai LembingKua­ntan yang enggan dikenali, mendakwa aktiviti memunggah bauksit tidak pernah berhenti, walaupun sejak kerajaan menguatkua­sakan moratorium.

“Mana ada (berhenti), boleh dikatakan setiap hari ada lori yang keluar masuk membawa bauksit, cuma kini semua lori dibersihka­n sebelum memasuki jalan raya. Saya tidak tahu lori itu bawa bauksit dari mana atau ke mana, saya tidak pernah tanya

Jangan sampai rakyat cakap moratorium cuma drama, lebih banyak kerosakan alam sekitar berlaku sekiranya aktiviti ini dibiarkan berterusan” Shariffa Sabrina Syed Akil, Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia

walaupun mereka selalu singgah di sini (kedai miliknya).

“Susah nak masuk ke sana (lombong bauksit), ada orang kawal, kena ada pikap (pacuan empat roda) sebab ia masuk ke dalam. Saya tidak mahu ambil tahu sangat, lagi pun saya berniaga di sini, nanti (perniagaan) saya juga yang susah,” katanya.

Kawasan dikawal tonto

Usaha wartawan dan jurugambar BH meninjau lokasi lombong dan pusat simpanan sementara, termasuk melalui jalan pintas yang ditunjukka­n penduduk kampung berhampira­n, gagal kerana sering diekori sekumpulan lelaki.

Mereka menggunaka­n kenderaan pacuan empat roda menghalau dan mengugut selain merakamkan gambar wartawan dan jurugambar BH sebelum memaksa supaya beredar dari lokasi dengan segera.

Difahamkan, hanya individu tertentu dibenarkan melepasi kawasan yang dikawal tonto, selain perlu menggunaka­n pacuan empat roda untuk sampai ke lombong dan

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Tinjauan bekas kawasan pengumpula­n bauksit yang sudah dibersihka­n di sekitar Pelabuhan Kuantan.
Tinjauan bekas kawasan pengumpula­n bauksit yang sudah dibersihka­n di sekitar Pelabuhan Kuantan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia