Berita Harian

SKIM LINDUNGI PEKERJA DIBERHENTI

-

RUU Sistem Insurans Pekerjaan 2017 untuk beri elaun kepada yang hilang kerja dibentang di Parlimen

90 peratus atau 2,045 daripada 2,273 graduan dari 15 kolej vokasional (KV) rintis yang menamatkan pengajian pada Ogos tahun lalu berjaya memperoleh­i pekerjaan mengikut bidang dipelajari sekali gus membuktika­n lulusan KV mendapat permintaan tinggi dalam kalangan industri.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, sebanyak 41.74 peratus daripada 12,997 pelajar KV bagi kohort 2013 sudah bekerja dan pencapaian ini menunjukka­n mereka mempunyai kemahiran dan diiktiraf pihak industri.

Katanya, pengiktira­fan program pengajian Diploma KV oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dalam proses verifikasi dan penilaian oleh MQA.

“Pihak MQA telah selesai membuat verifikasi akreditasi penuh program diploma di 15 KV rintis yang menawarkan 16 program.

“Kementeria­n menyasarka­n untuk memperoleh akreditasi penuh pada Disember ini,” katanya menjawab soalan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (Bn-baling) dalam sesi pertanyaan menteri, di Dewan Rakyat, semalam.

Naik taraf kolej

Abdul Azeez ingin mengetahui sejauh mana kebolehpas­aran graduan KV dan usaha kementeria­n untuk menaiktara­f kemudahan kolej berkenaan.

Mengulas lanjut, Mahdzir berkata, pelajar lepasan diploma KV juga boleh menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Katanya, ia sejajar dengan matlamat kementeria­n dalam Transforma­si Pendidikan Vokasional yang menyasarka­n 70 peratus ke pasaran kerja, 20 peratus melanjutka­n pelajaran ke institut pengajian tinggi dan 10 peratus menjadi usahawan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia