Berita Harian

BERSEKONGK­OL KONGSI GELAP

Suspek didapati benarkan kumpulan kongsi gelap seludup dadah

- Oleh Safeek Affendy Razali bhnews@bh.com.my

6 pegawai kastam ditahan dipercayai bersubahat dengan Geng 360 Devan seludup dadah

Enam pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ditahan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, malam kelmarin, selepas dipercayai bersekongk­ol dengan kumpulan kongsi gelap Geng 360 Devan.

Semua mereka yang bertugas di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) didapati terbabit dalam membenarka­n rangkaian kumpulan terbabit menyeludup masuk dadah ke dalam negara ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh, berkata selain bermacam jenis dadah, pegawai JDKM terbabit turut dipercayai melepaskan aktiviti menyeludup bahan mentah memproses dadah.

“Berdasarka­n siasatan awal, kita percaya mereka ini menerima imbuhan daripada Geng 360 yang aktif dalam penyeludup­an dan pengedaran dadah di negara ini sekurangku­rangnya sejak setahun lalu.

Kesan lagi individu

“Kita percaya mereka akan dihubungi ahli 360 yang akan memaklumka­n setiap jadual kemasukan dadah ke dalam negara ini namun siasatan terperinci masih dijalankan,” katanya ketika dihubungi BH, malam tadi.

Beliau berkata pada masa ini siasatan sedang diteruskan bagi mengesan sama ada terdapat lagi individu lain yang turut terbabit dalam membantu aktiviti kumpulan kongsi gelap seperti ini.

“Semua mereka ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamata­n (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan disiasat mengikut Seksyen 130 kerana membantu kumpulan jenayah terancang, selama 28 hari,” katanya.

Pada masa ini semua mereka sedang ditahan di Lokap Berpusat, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

Berdasarka­n siasatan awal, kita percaya mereka ini menerima imbuhan dari Geng 360 yang aktif dalam penyeludup­an dan pengedaran dadah di negara ini sekurang-kurangnya sejak setahun lalu” Mohamad Salleh, Jawatan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia