Berita Harian

TN50 harapan masa depan negara: PM

Usaha jadikan Malaysia antara terkemuka di dunia 20 tahun lagi

- Oleh Nazura Ngah

Datuk Seri Najib Razak yakin pendekatan memberi harapan kepada rakyat menerusi pelaksanaa­n agenda transforma­si, antaranya Transforma­si Nasional 2050 (TN50) lebih berkesan berbanding politik menakutkan rakyat seperti dilakukan pemerintah­an rejim Nazi.

Perdana Menteri menegaskan TN50 akan menjadikan Malaysia antara negara terkemuka di dunia dalam tempoh 20 hingga 30 tahun akan datang.

Beliau berkata, program TN50 yang bertujuan membentuk masa depan rakyat dan negara ini antara pendekatan kerajaan bagi memastikan rakyat merasai Malaysia menuju ke arah negara lebih baik dengan masa depan lebih cerah.

“Saya tidak percaya pada politik menakut-nakutkan seperti dilakukan sepanjang kekuasaan rejim Nazi di Jerman.

“Sebaliknya, kerajaan berusaha untuk menyediaka­n peluang dan ruang untuk memberikan harapan kepada rakyat, itulah makna pelaksanaa­n TN50,” katanya pada sesi dialog Design Thinking (DT) (Pemikiran Reka Cipta) penggerak TN50 bersama beberapa ahli panel di Genovasi Malaysia (Genovasi), di sini semalam.

Genovasi dilancarka­n Perdana Menteri pada 2012 dengan misi menyampaik­an kepakaran dan kemahiran inovasi bagi melahirkan duta inovasi untuk generasi akan datang.

Genovasi latih 4,000 peserta

Genovasi sudah melatih 4,000 peserta daripada sektor awam dan swasta mengguna pakai model DT Stanford d.school dan Hasso-plattner-institut (HPI). Genovasi dijangka menerima 1,000 peserta menjelang tahun depan.

Genovasi kini melancarka­n tiga program baharu iaitu Design Thinking – Catch'em Young (DT-CEY) memfokuska­n kanak-kanak berusia 10 hingga 14 tahun, Design Thinking

– Catch'em Growing (DT-CEG) umur 17 hingga 20 tahun dan Design Thinking Experience (DTE) dalam bahasa Malaysia dan Mandarin.

Perdana Menteri berkata, Malaysia miliki kekuatan dan pendekatan strategik dalam membangunk­an negara, namun malangnya ada rakyat tidak menghargai dan memandang rendah keupayaan serta potensi negara sehingga dipergunak­an ahli politik untuk kepentinga­n mereka.

“Mereka bukan sahaja memandang rendah negara sendiri, malah menyebarka­n cerita tidak betul.

“Namun apabila orang luar berada di negara ini, mereka menyanggah dakwaan bahawa Malaysia negara yang gagal, mereka menyifatka­n rakyat negara ini patut berbangga dengan apa yang dimiliki,” katanya.

Sementara itu, dalam ucapan sempena Ulang Tahun Kelima Genovasi, Najib berkata, kerajaan mempertimb­angkan menghantar lebih ramai penjawat awam untuk dilatih Genovasi di bawah program Duta Inovasi Pemikiran Reka Cipta (DTIA) bagi meningkatk­an produktivi­ti dan kecekapan jabatan serta agensi kerajaan.

Terdahulu, pada sesi dialog bersama DTIA, Najib menggesa idea dan inovasi penjawat awam baharu diberi perhatian serius oleh rakan kerja senior tanpa terikat dengan hierarki.

“Peluang sepatutnya diberikan kepada penjawat awam muda untuk membolehka­n mereka menyalurka­n idea kreatif, sekali gus menjadi budaya dalam perkhidmat­an awam,” katanya.

 ?? [FOTO MOHD YUSNI ARIFFIN/BH] ?? Najib pada sesi dialog bersama Duta Inovasi Pemikiran Reka Cipta di Genovasi Malaysia, Kuala Lumpur, semalam yang turut disertai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri (kanan).
[FOTO MOHD YUSNI ARIFFIN/BH] Najib pada sesi dialog bersama Duta Inovasi Pemikiran Reka Cipta di Genovasi Malaysia, Kuala Lumpur, semalam yang turut disertai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia