Berita Harian

SAS bolot lapan anugerah di Seoul

Hasil ciptaan 13 pelajar ‘gemparkan’ Pertanding­an Kreativiti Reka Cipta Dunia 2017

- Oleh Noor Atiqah Sulaiman

Sekolah Alam Shah (SAS) di sini menang lapan anugerah Pertanding­an Kreativiti Reka Cipta Dunia (WICC) 2017 di Seoul, Korea Selatan, baru-baru ini.

Lapan anugerah itu termasuk dua anugerah khas masing-masing dari Taiwan dan Indonesia, empat anugerah emas serta dua perak.

Anugerah khas daripada Indonesia adalah bagi ciptaan The Envider iaitu alat mengumpul data struktur rupa bumi dalam lombong atau gua, manakala anugerah khas Taiwan bagi ciptaan kenderaan akuatik RUV. Kedua-dua ciptaan itu turut memenangi anugerah emas WICC.

Cattapa Sole, The Archie

Sementara itu, ciptaan Cattapa Sole (pelapik dalam kasut berasaskan tumbuhan) dan The Archie (alat elektronik bagi meningkatk­an kecekapan memanah) turut memenangi anugerah emas WICC, manakala Food Detector (alat pengesan kesegaran makanan) serta Gramate (bahan pengalas yang menghasilk­an tenaga elektrik) memenangi anugerah perak WICC.

Guru inovasi SAS, Samsiah Radiman, berkata beliau tidak menyangka SAS meraih kemenangan besar kerana terpaksa bersaing dengan pelajar seluruh dunia termasuk Filipina, Iran, Vietnam, Mesir dan Indonesia.

Beliau bersyukur kerana semua enam projek yang dibawa 13 pelajar SAS untuk dipertandi­ngkan di WICC mendapat anugerah.

Samsiah berkata, hanya pelajar terbaik dan berpotensi dibawa ke pertanding­an itu dan mereka perlu melalui beberapa siri pertanding­an sebelum terpilih ke WICC.

“Pemilihan kumpulan dan tajuk inovasi dibuat sejak Januari lalu dan peserta ini sudah banyak didedahkan dengan pertanding­an, tidak kira pada peringkat sekolah atau antarabang­sa dan dari situ mereka dapat idea untuk penyelidik­an.

“Kami memang mahu gemparkan WICC dengan kemenangan besar, atas sebab itu kami membawa enam pasukan untuk menyertai pertanding­an itu,” katanya.

WICC adalah acara tahunan dianjurkan Korea University Invention Associatio­n (KUIA) yang menghimpun­kan pelbagai penyelidik­an berinovasi dalam kalangan pelajar sekolah di serata dunia.

SAS Putrajaya tersenarai antara 20 sekolah terbaik negara dan sering mewakili negara dalam pelbagai acara peringkat antarabang­sa.

 ?? [FOTO IHSAN SAS] ?? Pelajar Sekolah Alam Shah dan guru bergambar bersama lapan anugerah dimenangi pada menyertai Pertanding­an Kreativiti Reka Cipta Dunia (WICC) di Seoul, Korea Selatan.
[FOTO IHSAN SAS] Pelajar Sekolah Alam Shah dan guru bergambar bersama lapan anugerah dimenangi pada menyertai Pertanding­an Kreativiti Reka Cipta Dunia (WICC) di Seoul, Korea Selatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia