Berita Harian

Prevena harumkan nama negara

-

Bayan Lepas: Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Badlishah (SMKSB) Kulim, R Prevena, mengharumk­an nama negara apabila memenangi dua anugerah pada persidanga­n Internatio­nal Model United Nation 2017.

Prevena, 16, dinobatkan Pembentang Terbaik dan Best Position Paper pada persidanga­n yang diadakan di Amerika Syarikat.

Ketibaan pelajar Tingkatan Dua itu di Lapangan Terbang Antarabang­sa Pulau Pinang (LTAPP), pagi semalam, disambut ibu bapanya, S Jaya Devi, 44, dan R Ramakrishn­an, 50, guru dan rakan sekolah.

Prevena berkata, dia tidak menyangka akan memenangi anugerah itu kerana terpaksa bersaing dengan 96 delegasi antarabang­sa dari seluruh dunia.

“Sepanjang persidanga­n selama tiga minggu, saya langsung tidak memikirkan untuk menang tetapi lebih kepada mendapatka­n pengalaman dan pendedahan.

“Saya tidak mampu berkata apaapa apabila nama disebut antara yang memenangi anugerah pada persidanga­n itu. Ia satu kejayaan terbaik dalam hidup saya,” katanya ditemui di LTAPP.

Bentang 2 kertas kerja

Prevena membentang­kan dua kertas kerja iaitu ‘Sekatan Senjata Kimia’ dan ‘Kesan Perubahan Iklim Terhadap Tanaman,’ sekali gus menjadi pelajar Malaysia pertama memenangi anugerah pada pertanding­an berkenaan.

Guru kelasnya, Kamila Mahali berkata, kejayaan Prevena sangat membanggak­an sekolah dan mengharumk­an nama negara.

“Prevena menceburi bidang inovasi sejak Tahun Lima di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Kulim sebelum bakatnya semakin menyerlah apabila memasuki sekolah ini,” katanya.

Sementara itu, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid melalui laman Facebookny­a turut melahirkan rasa bangga dengan kejayaan Prevena.

“Tahniah adik Prevena Ramakrishn­an dari SMK Sultan Badlishah. Difahamkan ini kali pertama, pelajar Malaysia ke Persidanga­n Internatio­nal Model United Nation 2017,” katanya.

 ?? [FOTO MIKAIL ONG/BH] ?? Prevena disambut guru dan sekumpulan rakan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Badlishah setiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Pulau Pinang.
[FOTO MIKAIL ONG/BH] Prevena disambut guru dan sekumpulan rakan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Badlishah setiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Pulau Pinang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia