Berita Harian

Bukti kerajaan tak lupa jasa, keringat perwira

-

Kuala Lumpur: Skim bantuan baharu dan penambahba­ikan manfaat sedia ada bagi meningkatk­an kebajikan bekas tentera dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang diumumkan kelmarin, adalah bukti kerajaan tidak pernah mengabaika­n jasa dan keringat perwira negara.

Ia juga adalah pernyataan terima kasih rakyat kepada jasa dan pengorbana­n golongan berkenaan.

Di Kota Bharu, Yang Dipertua Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Kelantan, Datuk Seri Muhammad Abd Ghani, berkata inisiatif berkenaan adalah cara terbaik kerajaan membalas jasa bekas tentera, sekali gus menutup dakwaan kerajaan ‘berat sebelah’ dalam menjaga kebajikan bekas tentera.

‘Berita baik’ setiap tahun

Katanya, setiap tahun kerajaan mengumumka­n ‘berita baik’ kepada bekas tentera terutama mereka yang pencen dan mengalami kecacatan kekal ketika perkhidmat­an.

“Ini bukti kerajaan tidak pernah lupa mereka yang pernah bertaruh nyawa demi negara dan mereka (bekas tentera) seharusnya berbangga dengan kepemimpin­an sedia ada,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Di Johor Bahru, Yang Dipertua PVATM Johor, Ibrahim Yahya, berkata walaupun bekas anggota dan veteran ATM diberikan insentif oleh kerajaan, jasa dan pengorbana­n anggota keselamata­n tidak ternilai serta tiada bandingann­ya.

“Ini pengumuman terbaik untuk warga bekas anggota ATM, yang dilihat mampu terus membela kebajikan mereka yang banyak menabur bakti kepada negara.

“Mereka wajar dibantu walaupun sedikit tetapi ia membawa pengertian serta penghargaa­n cukup besar. Jangan pula ada pihak yang mempertika­ikan bantuan ini kerana mereka berhak menerimany­a,” katanya.

Skim sebagai permulaan

Sementara itu, Ketua PVTAM Muar, Samsuddin Rais, berkata walaupun tiada insentif untuk veteran berpencen, semua pihak sewajarnya bersyukur kerana insentif yang diumumkan kelmarin adalah permulaan.

“Bagi veteran berpencen, diharapkan dapat bersabar kerana kami yakin pasti ada pengumuman baik untuk mereka,” katanya.

Di Kota Kinabalu, Yang Dipertua PVATM Sabah, Bayang Zaman, berharap kerajaan mengasingk­an veteran tentera yang bertarung nyawa dalam pasukan keselamata­n demi mempertaha­nkan negara dengan kategori berpencen anggota perkhidmat­an awam yang lain.

Katanya, veteran tentera yang berjuang mempertaha­nkan kedaulatan negara termasuk mengalami kecacatan akibat pertempura­n perlu diberi keistimewa­an.

“Ini bagi mengenang jasa veteran tentera yang berkorban demi mempertaha­nkan negara,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia