Berita Harian

Guna tiga rumah simpan ‘harta karun’

Wan Ahmad sanggup berhenti kerja tumpu kumpul, jual barangan antik

- Oleh Tuty Haryanti Ahmad Rodzi

Walaupun arwah ibunya pernah melarang supaya tidak menyimpan barang tidak diperlukan, tetapi minat tidak menghalang Wan Ahmad Arshad terus berbuat demikian sehingga kini.

Purbawan berusia 51 tahun itu berkata, dia mula menunjukka­n minat mengumpul pelbagai barangan bernilai sentimenta­l, sejak berusia 10 tahun dan barangan pertama dikumpul adalah pelbagai tiket bas.

Bagaimanap­un, katanya, arwah ibunya terus membuang semua koleksinya kerana mendapati dia menyimpan terlalu banyak dan beranggapa­n tiket itu sebagai sampah.

“Tindakan arwah ibu itu tidak mematahkan semangat saya, sebaliknya terus mengumpul pelbagai barangan seperti botol kaca dan tin minyak rambut yang kini masih elok disimpan di rumah di Perak,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Tasik Jaya, Senawang, dekat sini.

Bapa tiga anak itu berkata, sebaik tamat pengajian, dia semakin berminat mengumpul barangan antik, terutama ketika bekerja di bidang perhotelan yang memerlukan­nya banyak merantau.

Katanya, sejak itu dia mula mengumpul pelbagai barangan mudah diperoleh seperti pedang, seterika arang, barangan hiasan seperti lampu, lukisan, wang lama, manuskrip dan buku lama.

“Bagaimanap­un, 15 tahun lalu, selepas melihat koleksi barangan antik terlalu banyak, saya nekad berhenti kerja dan menumpukan sepenuhnya kepada minat mengumpul, seterusnya menjual barangan antik,” katanya.

Perlu penjagaan rapi

Wan Ahmad mengakui perniagaan menjual barangan antik bukan semudah disangka, kerana keuntungan tidak menentu, selain perlu penjagaan rapi untuk memulihara barangan lama.

Namun, katanya, minat tidak menghalang­nya bergiat aktif, malah sanggup ke mana saja untuk mendapatka­n barangan diingini.

“Apabila ada maklumat mengenai barangan antik, saya akan pergi melihatnya sebelum membuat rundingan bagi mendapatka­n harga sesuai.

“Saya sudah ke seluruh negara untuk mendapatka­n pelbagai barangan. Kini semua barangan antik diletak di dua rumah di Senawang dan satu rumah lagi di Bagan Serai, Perak,” katanya.

Wan Ahmad berkata, menyedari ketika ini semakin ramai mengumpul barangan antik, dia membuat kelainan dengan mencari barangan antik yang unik, sukar ditemui dan ada lambang kebijaksan­aan Melayu lama.

Katanya, barangan unik yang kini menjadi koleksinya termasuk duit tampang timah, kain perhiasan berusia lebih 200 tahun, pemerah santan daripada kayu cengal berusia 200 tahun, alat pembuat laksa dan timba tembaga serta lampu daripada besi lama.

“Barangan ini sukar ditemui dan mempunyai nilai tersendiri. Selain untuk pameran, saya juga memberi peluang penyelidik, pensyarah atau pelajar menjalanka­n kajian barangan buatan orang Melayu lama itu,” katanya.

Datuk kepada dua cucu itu berkata, hampir setiap hari ada tetamu datang ke rumahnya untuk mendapatka­n khidmat perunding mengenai barangan lama miliknya.

Adakan pameran

Selain itu, katanya, dia juga akan bekerjasam­a dengan Jabatan Muzium Malaysia, Jabatan Arkib Negara, Perpustaka­an Negara dan universiti awam (UA) untuk mengadakan pameran.

“Walaupun berdepan pelbagai risiko seperti pemilik enggan menjual koleksi mereka atau harga terlalu mahal, tetapi memiliki barangan antik memberi kepuasan kepada saya,” katanya.

Beliau berkata, kemajuan teknologi sekarang memudahkan­nya mencari koleksi barangan antik unik.

“Kebanyakan barangan unik milik bangsawan dulu yang sukar diperoleh, tetapi saya berusaha mendapatka­nnya terutama peralatan dapur sebagai bukti orang Melayu dulu kreatif mencipta barangan,” katanya.

 ??  ?? Wan Ahmad menunjukka­n koleksi kitab jawi antik Tasik Jaya, Senawang. ketika ditemui di Taman
Wan Ahmad menunjukka­n koleksi kitab jawi antik Tasik Jaya, Senawang. ketika ditemui di Taman

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia