Berita Harian

SPRM teliti laporan Ketua Audit Negara

Tubuh Pasukan Petugas Khas siasat ketirisan, salah guna kuasa

- Oleh Mohd Azrone Sarabatin

Ketua Pesuruhjay­a Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Dzulkifli Ahmad mengesahka­n wujud isu berkaitan ketirisan, salah guna kuasa dan rasuah dibangkitk­an dalam Laporan Ketua Audit Negara 2016 yang dibentangk­an di Dewan Rakyat, kelmarin.

Susulan itu, beliau berkata, Pasukan Petugas Khas akan ditubuhkan untuk mengambil tindakan dan melakukan siasatan menyeluruh bagi menilai unsur rasuah dan salah guna kuasa.

“Saya berjanji mengambil tindakan sewajarnya dan berasaskan pembacaan, memang ada isu perlu dilihat lebih dekat dan diteliti pihak SPRM untuk tindakan selanjutny­a,” katanya kepada media selepas melancarka­n kempen keahlian Gerakan Revolusi Antirasuah (GERAH) di sini, semalam.

Pada majlis itu, sebanyak 15 jabatan dan agensi kerajaan dipilih menganggot­ai GERAH termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Penjara, Jabatan Imigresen, Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Kempen benci rasuah

GERAH dilancarka­n pada 8 Mei lalu adalah gelombang perubahan terhadap masyarakat supaya membenci rasuah, memandang jijik kepada pesalah rasuah dan mempunyai kekuatan dalaman untuk mengatakan tidak kepada rasuah serta salah guna kuasa.

Laporan Ketua Audit Negara 2016 Siri 1, yang dibentangk­an di Dewan Rakyat kelmarin, mengemukak­an 353 syor bagi membantu Kerajaan Persekutua­n, Badan Berkanun Persekutua­n dan kerajaan negeri memperbaik­i kelemahan dilaporkan.

Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr Madinah Mohamad, berkata daripada jumlah itu, pihaknya mengemukak­an dua syor terhadap Penyata Kewangan Kerajaan Persekutua­n 2016, 90 syor kepada aktiviti kementeria­n dan jabatan Kerajaan Persekutua­n, 17 syor syarikat kerajaan dan agensi Kerajaan Persekutua­n serta 244 syor terhadap pengurusan aktiviti dan kewangan kementeria­n, jabatan, agensi serta pengurusan syarikat kerajaan negeri.

Dalam pada itu, Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun Nasional) mengalami kerugian terkumpul pada akhir 2015 berjumlah RM209.28 juta disebabkan antara lain faktor tadbir urus korporat kurang memuaskan.

SPRM lebih agresif

Sementara itu, Dzulkifli yang genap setahun menerajui SPRM semalam berkata, pihaknya akan bertindak lebih agresif untuk memastikan mereka yang mahu terjebak rasuah berasa gerun dan menjauhiny­a.

Katanya, keyakinan masyarakat terhadap agensi itu membantera­s rasuah dan salah guna kuasa juga semakin meningkat berdasarka­n operasi berterusan dijalankan untuk memastikan negara bebas gejala itu menjelang 2020.

“Banyak kejayaan besar dalam operasi membantera­s rasuah dan kita mahu setiap rakyat ada perasaan menolak serta benci rasuah dan bersama SPRM membantera­snya,” katanya.

 ?? [FOTO ASYRAF HAMZAH/BH] ?? Dzulkifli (tengah) mengedarka­n risalah pendaftara­n ahli Sahabat GERAH kepada orang ramai di sekitar Bukit Bintang, semalam.
[FOTO ASYRAF HAMZAH/BH] Dzulkifli (tengah) mengedarka­n risalah pendaftara­n ahli Sahabat GERAH kepada orang ramai di sekitar Bukit Bintang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia