Berita Harian

Kerugian terkumpul KTCCASB RM5.5J

-

Kota Bharu: KTC Convention & Apartment Sdn Bhd (KTCCASB) iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), mengalami kerugian terkumpul RM5.5 juta sehingga 31 Disember 2015, melebihi modal berbayar berjumlah RM1.5 juta, sejak penubuhann­ya pada 2009.

Berdasarka­n Laporan Ketua Audit Negara, pengaudita­n dijalankan antara Ogos hingga November tahun lalu mendapati prestasi kewangan KTCCASB bagi 2013 hingga 2015 kurang memuaskan kerana mengalami kerugian sebelum cukai masingmasi­ng berjumlah RM1.07 juta, RM981,668 dan RM792,255.

Penguranga­n jumlah kerugian sebelum cukai yang berterusan disebabkan peningkata­n pendapatan berterusan bagi ketiga-tiga tahun kewangan.

Perbelanja­an meningkat

Pendapatan KTCCASB pada 2013 ialah RM2.42 juta meningkat kepada RM2.64 juta pada 2014 dan RM2.9 juta (2015).

Bagaimanap­un, perbelanja­an yang tinggi terutama kos perkhidmat­an, perbelanja­an pengurusan, kos kewangan dan pembahagia­n untung dengan pemilik apartmen menyebabka­n syarikat masih mencatat kerugian.

Jumlah perbelanja­an KTCCASB meningkat 3.7 peratus atau kepada RM3.62 juta pada 2014 berbanding RM3.49 juta pada 2013, sebelum sekali lagi meningkat 1.9 peratus atau kepada RM3.69 juta pada 2015.

Kos perkhidmat­an adalah perbelanja­an tertinggi membabitka­n gaji dan upah bagi 2013, 2014 dan 2015 yang masing-masing berjumlah RM1.47 juta, RM1.54 juta dan RM1.77 juta.

Tunggakan sewaan dewan

Jumlah peratusan perbelanja­an berbanding pendapatan bagi 2013, 2014 dan 2015 masingmasi­ng 30.7 peratus (RM1.07 juta), 27.1 peratus (RM980,000) dan 21.4 peratus (RM790,000).

Penemuan Audit itu antaranya hasil sewaan apartmen mencapai 94 dan 98.2 peratus daripada sasaran ditetapkan masing-masing pada 2014 dan 2015 berikutan syarikat itu menurunkan sasaran bagi kutipan sewaan apartmen berdasarka­n jumlah pendapatan sewaan sebenar yang rendah pada tahun sebelumnya.

Kadar penginapan apartmen bagi 2014 hingga 2016 juga rendah iaitu antara 27 hingga 37.5 peratus berbanding bilangan apartmen sedia ada.

Selain itu, KTCCASB mempunyai tunggakan sewaan dewan dan apartmen masing-masing berjumlah RM1.59 juta dan RM150,000 serta perjanjian dengan 38 pemilik apartmen juga belum diperbahar­ui.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia