Berita Harian

Perbelanja­an Mybrain15 melebihi peruntukan

-

Kuala Lumpur: Perbelanja­an program pembiayaan Mybrain15 Kementeria­n Pendidikan Tinggi (KPT) pada 2011 hingga 2016 didapati melebihi RM1.6 juta daripada jumlah peruntukan asal ditetapkan.

Laporan Ketua Audit Negara 2016 mendapati RM887.81 juta dibelanjak­an bagi tempoh berkenaan berbanding peruntukan asal iaitu RM826.80 juta.

Perbelanja­an pada 2011 dan 2012 juga dilapor melebihi RM0.82 juta (3.4 peratus) dan RM1.69 juta (1.8 peratus) daripada peruntukan ditetapkan untuk tahun berkenaan.

Bagaimanap­un, prestasi perbelanja­an Mybrain15 secara keseluruha­n memuaskan kecuali bagi 2011 dan 2012 yang melebihi peruntukan ditetapkan kerana pelarasan pindah peruntukan tidak dilakukan antara program.

Laporan Audit juga menyebut 17 pelajar atau 8.1 peratus dalam senarai Akaun Belum Terima (ABT) yang mempunyai tunggakan bayaran balik biasiswa berjumlah RM316,787 (5.8 peratus) tidak pernah membuat bayaran ganti rugi atau bayaran balik setakat tarikh pengaudita­n dijalankan.

Tindakan UMKBV merugikan

Tempoh tunggakan adalah antara 402 hingga 1,696 hari dari tarikh notis tuntutan dikeluarka­n, tetapi tiada maklumat mengenai tindakan undang-undang diambil terhadap 17 pelajar berkenaan.

Berdasarka­n pengesahan Setiausaha Bahagian Biasiswa (SUB), tindakan diambil termasuk pengeluara­n surat peringatan, emel, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan berhubung secara terus dengan pelajar dikenakan tuntutan ganti rugi.

Laporan itu turut menyatakan tindakan Universiti Malaysia Kelantan Business Ventures Sdn Bhd (UMKBV) yang membeli bangunan asrama daripada syarikat swasta pada harga RM35 juta pada 2013 tetap merugikan, walaupun harga belian lebih rendah daripada penilaian dibuat Jabatan Penilaian dan Perkhidmat­an Harta berjumlah RM38.85 juta.

Pihak Audit berpendapa­t perolehan itu masih merugikan UMKBV kerana sebahagian kecil saja jumlah sewa sudah dibayar diambil kira dalam perolehan itu iaitu RM3.85 juta berbanding jumlah sewa keseluruha­n sebanyak RM30.53 juta yang dibayar kepada syarikat swasta terbabit sehingga Januari 2013.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia