Berita Harian

Anak syarikat agensi Selangor rugi RM18.47 juta tiga tahun

Audit syor tingkat keluaran susu segar, kurangkan perbelanja­an operasi

- Oleh Norrasyida­h Arshad

Prestasi kewangan yang tidak memuaskan bagi tempoh 2013 hingga 2015 menyebabka­n anak syarikat milik Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), ditegur dalam Laporan Ketua Audit Negara 2016 Siri 1.

Berdasarka­n laporan itu, perbelanja­an PKPS Livestock Farm Sdn Bhd (PLFSB) untuk tempoh tiga tahun berkenaan meningkat hingga menyebabka­n kerugian sebelum cukai selama tiga tahun berturut-turut.

“Prestasi kewangan PLFSB bagi 2013 hingga 2015 tidak memuaskan kerana perbelanja­an meningkat setiap tahun dan mengakibat­kan kerugian terkumpul sehingga akhir 2015 berjumlah RM18.47 juta,” katanya.

Laporan itu juga menyatakan ia tidak berpuas hati dengan lantikan Lembaga Pengarah, kekerapan pembentang­an laporan pengaudita­n tidak mengikut amalan terbaik dan tidak membentang­kan pemberian insentif dalam mesyuarat Lembaga Pengarah.

“Audit juga mengesan prestasi pengeluara­n susu segar tidak mencapai sasaran dan pengurusan makanan lembu bagi kumpulan perah tidak memuaskan.

“Walaupun aliran tunai syarikat terbabit berbaki positif untuk tempoh itu, ia tetap kurang memuaskan kerana masih belum mampu menampung perbelanja­an bagi menjalanka­n operasi syarikat dengan lebih berkesan,” katanya dalam laporan berkenaan.

Laporan itu turut menyebut, antara alasan diberikan PLFSB berhubung penguranga­n susu segar disebabkan lembu kering, lembu diberikan antibiotik, tempoh perahan melebihi 280 hari laktasi, kerosakan jentera ladang dan kekurangan rumput kerana penanaman semula atau kemarau.

Perlu pengurusan cekap

Bagaimanap­un, laporan itu turut menegur perkara itu boleh diatasi jika PLFSB mempunyai perancanga­n dan pengurusan cekap serta teratur.

Pada masa sama, laporan itu berpendapa­t PLFSB bukan sahaja tidak berupaya mendapatka­n pengganti lembu induk berkualiti menggunaka­n lembu dara dilahirkan di ladang PLFSB, ia juga terpaksa bergantung kepada lembu dara yang dibeli dari luar ladang untuk terus beroperasi.

Ia berikutan ladang itu mempunyai keupayaan rendah untuk melahirkan lembu induk gantian, menyebabka­n mereka terpaksa menanggung peningkata­n kos jika terus membawa masuk lembu dara dari luar sebagai induk gantian.

Laporan itu juga menyebut, beberapa tindakan diambil PLFSB bertarikh 16 Februari lalu masih tidak memberi jawapan memuaskan.

Sehubungan itu, Audit mengesyork­an PLFSB mengukuhka­n prestasi kewangan dengan meningkatk­an pengeluara­n susu segar, selain mengurangk­an perbelanja­an operasi.

Ia juga disyorkan meningkatk­an prestasi aktiviti utama dengan mempertimb­ang melaksanak­an usaha sama dengan syarikat berpotensi dalam industri penternaka­n lembu tenusu dan dimasukkan dalam Perancanga­n Strategik Dan Rancangan Korporat Syarikat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia