Berita Harian

MUIP tolak dakwaan rugi RM4.54J

-

Kuantan: Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) menolak dakwaan dikeluarka­n Laporan Ketua Audit Negara mengenai kerugian direkodkan sehingga RM4.54 juta sehingga akhir 2015.

Timbalan Yang Dipertuany­a, Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan, berkata jumlah RM4.54 juta seperti dinyatakan dalam laporan itu adalah nilai pelaburan asas dan kos modal dengan perolehan keuntungan antara lima hingga 15 peratus setiap tahun.

“Semua pelaburan modal berkenaan tidak rugi kerana ia kekal dalam bentuk aset dan jika MUIP cairkan aset berkenaan, ia melebihi nilai pelaburan dibuat.

“Mana ada pelabur memperoleh keuntungan 100 peratus pada tahun pertama selepas membuat pelaburan. Keuntungan diperoleh dalam tempoh tertentu dan sudah ditetapkan pihak Lembaga Pengarah MUIP.

“Tafsiran kerugian oleh Laporan Ketua Audit Negara tidak tepat kerana ia perkara teknikal disebabkan proses perakaunan merangkumi susut nilai aset, sedangkan wang keuntungan ada tersimpan sebagai lebihan,” katanya ketika dihubungi BH ,di Makkah, semalam.

Beliau turut memberi jaminan akan meneliti setiap dakwaan dikeluarka­n laporan dibentangk­an di Parlimen kelmarin, sambil mengingatk­an Jabatan Audit Negara supaya lebih berhati-hati mengeluark­an dakwaan seperti itu.

Katanya, pihak Jabatan Audit Negara hanya bertanggun­gjawab mengaudit MUIP mengikut Enakmen Peraturan Undangunda­ng Islam dan laporan audit itu hanya untuk dibentangk­an kepada pihak pemegang saham sahaja.

Bukan agensi kerajaan

“Kami bukan agensi kerajaan yang memperoleh peruntukan daripada Kerajaan Persekutua­n setiap tahun. Setiap audit dilakukan tidak sepatutnya dibentangk­an kepada Jawatankua­sa Kira-kira Wang Negara (PAC), Parlimen atau dijadikan laporan awam.

“MUIP mengikut semua peruntukan undang-undang ditetapkan, kami ada tata urus syarikat yang baik dan pelaburan kami dalam sektor perhotelan bukan sahaja kompetitif, bahkan membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat,” katanya.

Wan Abdul Wahid berkata, teguran Jabatan Audit Negara mengenai pelantikan ahli Lembaga Pengarah MUIP tidak berasas kerana ia dilakukan dengan mengambil kira semua faktor, termasuk kemampuan dan pengalaman sebelum lantikan dibuat.

Katanya, pelaburan MUIP melalui rangkaian stesen minyak PETRON turut mencatat keuntungan memberangs­angkan setiap tahun, selain rangkaian hotel kendalian MUIP termasuk Hotel Darul Makmur Jerantut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia