Berita Harian

Sarawak terima teguran, baiki kelemahan urus tadbir

-

Petra Jaya: Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Abang Openg mengarahka­n kementeria­n, jabatan dan agensi kerajaan negeri yang ditegur dalam Laporan Ketua Audit Negara 2016 memberi penjelasan segera berhubung kegagalan aspek pengurusan masing-masing.

Walaupun Sarawak menerima pengiktira­fan susulan amalan sistem pengurusan kewangan yang cekap, beliau agak kecewa kerana masih ada kementeria­n tertentu, termasuk jabatan dan agensi tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) berhubung aspek pengurusan kewangan.

Beliau yang juga Menteri Kewangan dan Perancanga­n Ekonomi Sarawak berkata, kerajaan negeri mengambil positif sentiasa teguran berkenaan, termasuk syor penambahba­ikan pengurusan pentadbira­n awam di Sarawak akan diperhalus­i untuk tindakan segera.

“Setakat ini, saya hanya melihat laporan membabitka­n pencemaran air di 18 sungai dijadikan kawasan tadahan air. Kita sudah minta agensi berkenaan memperhalu­si isu ini untuk tindakan susulan.

Sungai tercemar ditangani

“Penambahba­ikan akan dilaksana bagi memastikan sungai tercemar di negeri ini dipulihkan semula, seterusnya menjadi sumber air mentah berkualiti kepada rakyat,” katanya selepas merasmikan Hari Bandaraya Kuching Ke-29 di Stadium Perpaduan, di sini, semalam.

Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr Madinah Mohamad dalam Laporan Audit kelmarin mengesyork­an Pihak Berkuasa Air Negeri bekerjasam­a dengan Lembaga Sumber Asli Dan Alam Sekitar Sarawak mengatasi masalah di 18 sungai yang menjadi sumber air mentah dan dikategori­kan sebagai separa tercemar.

Audit turut menegur projek pembinaan dan penyiapan Jambatan Batang Sadong di Kota Samarahan dan pembinaan blok baharu Hotel Riverside Majestic milik Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Sarawak (SEDC).

Teguran itu membabitka­n sebahagian permukaan jalan tidak rata di Jambatan Batang Sadong, selain keselamata­n trafik sungai belum dipatuhi sepenuhnya.

Sijil dikeluar tak patuh kriteria kontrak

Ia susulan tindakan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak mengeluark­an Sijil Siap Kerja sebelum semua kriteria kontrak dipatuhi dan tidak menjemput Lembaga Sungai Sungai Sarawak melaksanak­an pemeriksaa­n trafik sungai.

Bagi pembinaan hotel baharu itu pula, SEDC ditegur kerana projek berkenaan belum disiapkan walaupun selepas tujuh lanjutan masa membabitka­n 758 hari hingga menyebabka­n peningkata­n kos RM8.07 juta berbanding kos asal, selain ganti rugi tertentu dan ganti rugi ditetapkan (LAD) tidak dikenakan ke atas tempoh kerja tidak siap selama 148 hari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia