Berita Harian

‘Elak campur tangan kuasa luar’

Raja Perlis ingatkan ahli politik jangan gadaikan kedaulatan negara

- Oleh Muhammad Mustakim Ramli

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullai­l mengingatk­an ahli politik tidak sesekali membuka ruang kepada pembabitan dan campur tangan kuasa luar yang hanya akan membawa lebih banyak keburukan dan kemusnahan kepada negara.

Baginda bertitah, konflik politik di banyak negara Islam yang memberi ruang kepada kuasa luar perlu dijadikan pedoman dan pengajaran.

“Kita tidak mahu negeri yang kita bangunkan bersama ini hancur kerana perbalahan sesama sendiri.

Usah gadai kedaulatan negara

“Jangan kita menggadaik­an kedaulatan negara yang merdeka ini semata-mata untuk memuaskan nafsu dan kepentinga­n peribadi.

“Beta tidak mahu situasi kalah jadi abu, menang jadi arang terjadi pada negeri dan negara kita,” titah baginda, semalam.

Baginda bertitah demikian pada perasmian pembukaan penggal kelima, Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang ke-13, di Kompleks DUN, di sini.

Raja Perlis turut melahirkan kebimbanga­n dengan elemen sektarian mula menapak di negara.

“Kita menyaksika­n bagaimana masyarakat Islam dan bukan Islam berkonflik dan berpecah kerana perbezaan fahaman dan ideologi agama. Lebih serius lagi sekiranya wujud konflik sesama masyarakat Islam sendiri.

Bimbang elemen sektarian

“Beta bimbang jika elemen sektarian mula menapak, ia akan menjerumus­kan masyarakat ke kancah konflik sektarian seperti yang berlaku di banyak negara Islam sekarang ini,” titah baginda.

Titah baginda, satu daripada faktor penting dalam kesinambun­gan pembanguna­n dan kemakmuran negeri adalah kestabilan politik.

“Sukar untuk sesebuah kerajaan berfungsi dengan berkesan dalam melaksanak­an mandat rakyat sekiranya kerajaan itu tidak mantap dan stabil.

“Beta ingin menyeru supaya kestabilan politik dan kerajaan yang wujud kini tidak digugat bagi membolehka­n agenda jangka panjang pembanguna­n negeri dapat dirancang dan dilaksanak­an dengan lancar.

“Kerajaan yang lemah dan tidak stabil tidak mampu berfungsi dengan berkesan. Ini akan merugikan negeri dan rakyat,” titah baginda.

 ?? [FOTO AZHAR RAMLI/BH] ?? Tuanku Syed Sirajuddin membaca titah ucapan sempena Perasmian Pembukaan Penggal Kelima DUN Perlis ke-13 di Kompleks DUN, Kangar semalam. Yang turut turut berangkat, Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid; Raja Muda Perlis,...
[FOTO AZHAR RAMLI/BH] Tuanku Syed Sirajuddin membaca titah ucapan sempena Perasmian Pembukaan Penggal Kelima DUN Perlis ke-13 di Kompleks DUN, Kangar semalam. Yang turut turut berangkat, Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid; Raja Muda Perlis,...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia