Berita Harian

Sultan Selangor tegur ramai ahli politik dalam PKNS

-

Shah Alam: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddi­n Idris Shah mahu pelantikan Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) seimbang dan tidak hanya dalam kalangan ahli politik semata-mata.

Titah baginda, lantikan dalam kalangan golongan profesiona­l mampu memberikan pandangan dan tunjuk ajar dalam sektor hartanah.

“Pada hemat beta, Ahli Lembaga Pengarah PKNS harus seimbang dan dilantik juga dalam kalangan mereka yang profesiona­l supaya boleh memberi pandangan, buah fikiran, nasihat dan tunjuk ajar dalam sektor pembanguna­n dan hartanah.

“Beta tidak berkenan Ahli Lembaga Pengarah PKNS hanya dilantik dari kalangan ahli politik sahaja,” titah baginda ketika merasmikan bangunan Ibu Pejabat PKNS di sini, semalam.

Turut berangkat ke majlis itu Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Baginda turut diiringi Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Setiausaha Kerajaan Selangor, Datuk Mohd Amin Ahya.

Lupa tugas asal

Pada masa sama, Sultan Selangor melahirkan rasa dukacita kerana generasi baharu PKNS sudah lupa terhadap tugas asal penubuhan perbadanan itu.

Titah baginda, tugas asal penubuhan PKNS sejak 53 tahun dahulu iaitu untuk menolong masyarakat Melayu berpendapa­tan rendah di Selangor mendapatka­n rumah yang selesa dan mampu dimiliki.

Baginda bertitah, ia berikutan, sebelum penubuhan PKNS pada 1 Ogos 1964 oleh Menteri Besar Selangor kelapan, masyarakat Melayu ketika itu tidak mempunyai rumah atau tanah serta kediaman yang sempurna serta tinggal di rumah setinggan.

 ?? [FOTO ROSLIN MAT TAHIR/BH] ?? Sultan Sharafuddi­n melihat buku mengenai PKNS ketika melawat Perpustaka­an PKNS pada Majlis Perasmian Bangunan Ibu Pejabat Korporat PKNS di Shah Alam, semalam.
[FOTO ROSLIN MAT TAHIR/BH] Sultan Sharafuddi­n melihat buku mengenai PKNS ketika melawat Perpustaka­an PKNS pada Majlis Perasmian Bangunan Ibu Pejabat Korporat PKNS di Shah Alam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia